Pengacara sensasi, Azwan Ali telah mendedahkan ramai pihak mahu dirinya menjadi salah seorang juri sebuah program realiti yang sedang hangat diperkatakan ramai ketika ini.
Bagaimanapun, Diva AA berkata dia menolak sekerasnya jika sekiranya ditawarkan untuk menggalas tugas sebagai juri program berkenaan.
“Bilion tag kenapa bukan Diva AA sebagai juri? Diva AA selamba jawab, tidak hadap pun sebagai juri program najis,”
– Azwan Ali
Menerusi perkongsian di Twitter itu, Diva AA beranggapan dirinya mempunyai kelas yang tersendiri dan hanya menerima tawaran program yang berkualiti.
Sejak Isnin lal hangat diperkatakan mengenai program berkenaan oleh netizen di media sosial apabila mengambil individu yang tidak sesuai sebagai peserta.