Nampaknya, kisah dua beradik iaitu penyanyi Shila Amzah dan Syada Amzah kebelakangan ini mendapat perhatian ramai kerana ada yang mendakwa hubungan mereka bermasalah.
Jika sebelum ini, heboh dengarnya Shila Amzah dan Syada tidak follow each other kat INstagram, terbaharu pula, selepas Syada berkongsi cerita mendakwa dihalau dari rumah, Shila amzah menaik status seolah melarang adiknya itu menjaja kisah keluarganya di sosial media.
Shila akan muncul dalam Famili Duo dengan adiknya Syahir. Ada yang perasan, kat IG story Syada, dia hanya letak hashtag #TeamSyahir je.
Apa dah jadi sebenarnya. Budiey sempat menemubual Syada. Seperti ada yang masih berselindung, Syada mengatakan dia dah lama tak follow kakaknya. Tak follow tak semestinya tak support.
“Simpan kisah keluarga, jangan jadikan cerita untuk dikenali”
tulisnya menerusi Instagram atau Nurshahila Amir Hamzah pula memuat naik status seolah-olah membalas pendedahan adiknya itu.
Bagaimanapun, Syada, 25, tampil menjawab khabar angin itu dan katanya perselisihan faham antara adik-beradik adalah normal.
Syada turut mengulas mengenai kononnya sokongan sebelah pihak buat abangnya yang bakal bertanding dalam sebuah program realiti nyanyian tidak lama lagi.
Terdahulu, timbul khabar angin mendakwa Shila dan Syada bermasam muka, lebih lagi apabila kedua mereka saling tidak mengikuti sesama sendiri di Instagram.