Datuk Jamal Abdillah memaklumkan dia menarik diri kerana tidak berpuas hati apabila peserta bertanding membuat persembahan secara percuma, namun pihak produksi turut menjual tiket kepada penonton yang ingin menyaksikan AJL38.
“Saya terkejut apabila mendapat tahu tentang jualan tiket dan membuat keputusan (menarik diri) kira-kira sebulan lalu. Saya juga sudah berbincang dengan syarikat penerbit lagu dan mereka juga seolah-olah tidak mahu keluarkan bayaran.
– Datuk Jamal Abdillah
“Jadi saya rasa malas untuk berbincang lanjut dan lebih baik tarik diri. Saya juga ada tawaran persembahan di Sabah yang sudah diatur. Jadi buat masa sekarang saya lupakan terus tentang AJL38,â€
Jamal berkata, sebagai artis senior dia kurang senang dengan perkara tersebut, apatah lagi pihak produksi pada masa sama mengaut keuntungan menerusi jualan tiket selain mendapat tajaan.
Untuk saingan AJL 38, Jamal sepatutnya bertanding bersama penyanyi Wany Hasrita menerusi lagu duet mereka berjudul Kucuma.
Dalam pada itu, Jamal berharap agar pihak produksi membuka mata berkenaan perkara berkenaan dan tidak mengambil mudah mengenai nasib artis baharu yang mahu mencipta nama di pentas berprestij berkenaan.
Jelasnya, jika dia tidak bertindak menarik diri, pastinya situasi tersebut akan terus berlarutan dan nasib penyanyi generasi baharu tidak akan terbela.
“Isu ini bukan soal duit semata-mata, saya ada pendapatan lain juga. Tetapi apa yang saya lakukan ini adalah untuk memperjuangkan nasib artis muda. Kalau saya tak buat perkara ini akan terus berlarutan.
– Datuk Jamal Abdillah
“Setidak-tidaknya keluarkanlah sedikit bayaran kerana produksi menjual tiket dan mereka terima tajaan berjuta ringgit. Artis baru mungkin tidak berani bersuara, jadi biar saya yang buat. Kalau produksi nak ‘ban’ saya pun tidak ada masalah. Bukan senang untuk penyanyi macam kami ini mahu cari rezeki,â€