in , , ,

Tahun Baharu 2020 Lebih Positif Dengan #CNYKEEPSMILING

Tahun 2019 bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi. Pasti ramai yang mempunyai resolusi hidup menjelang tahun baharu yang bakal tiba.

Memasuki tahun 2020, mengikut kalendar lunar cina tahun hadapan akan bermulanya kitaran baharu bagi 12 astrologi zodiak cina yang mewakili 12 ekor haiwan dengan 12 jenis personaliti berbeza. 

Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad dan juga tonton, CJ WOW SHOP, ViralchamRojaklah serta TTN menerusi saluran bahasa Cina nombor 1 di Malaysia iaitu 8TV dan ntv7 tampil dengan kempen terbaharu dan juga album Tahun Baharu Cina edisi 2020 iaitu CNY Keep Smiling dan diserikan dengan maskot Shu Lai Bao mewakili bintang tikusKitaran pertama bintang tikus pada tahun ini pastinya memberi perubahan besar untuk kehidupan yang penuh dengan sikap positif untuk berjaya. 

CNY ALBUM 2020

Menurut Encik Johan Ishak, Ketua Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, “Simbolik dengan bintang tikus yang optimis dan positif, kempen CNY Keep Smiling mahu menyebarkan lebih kegembiraan dalam kehidupan menerusi senyuman. Sikap positif merupakan salah satu faktor penyumbang kepada kejayaan diri. Dalam kesibukan untuk mengejar impian dan mencapai matlamat hidup, penting untuk kita kekal positif.  Kejayaan yang kita miliki seharusnya dapat memberi impak yang baik bukan hanya untuk diri malahan dapat memberi kebaikan dan contoh terbaik untuk berjaya kepada orang-orang di sekeliling kita.

Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat para penaja Ensure Gold, L’Oreal, Nivea, Adela, Kawan Food, A1, V-SOY, AirAsia, Proton, Kinohimitsu, Popo Soy Sauce, MRCB, Pediasure, Popular, Tik Tok, Central i-City  yang sudi menaja kempen CNY Keep Smiling pada tahun ini.”

Media Prima CNY Launching 2020 (4)

DUTA CNY KEEP SMILING – 8 SMILING ANGEL

Majlis pelancaran kempen ini di Central i-City Shah Alam hari ini turut dimeriahkan dengan kehadiran lapan orang duta kempen dengan gelaran “8 Smiling Angel” yang dibarisi oleh Henley Hii, Joey Leong, Rickman Chia, Orange Tan, Jordan Sen, Emily Chan, Wilson Lee dan Sherlyn Seo. Majlis hari ini turut dihadiri oleh selebriti seperti Natalie Ng, Happy Gan, Tan Ley Teng, Chrystina Ng, Jan Chin, Lynn Lim, Alvin Wong, Ziah Zhang ,Mayjune Tan yang terlibat dalam video muzik CNY Keep Smiling dan juga drama istimewa sempena Tahun Baharu Cina 2020 dan juga pengacara CJ WOW SHOP Emerson Liang.

Media Prima CNY Launching 2020 (11)

ALBUM & VIDEO MUZIK CNY KEEP SMILING

Album ini mengandungi 12 buah lagu (CD) dengan  4 video muzik (DVD). Single utama CNY Keep Smiling yang dinyanyikan oleh “8 Smiling Angel” ini berkonsepkan muzik dansa elektronik dan dicipta oleh Yise Loo. Yise Loo juga akan turut menyanyikan lagu ciptaannya sendiri secara akustik yang turut dimuatkan di dalam album ini. Video Muzik ini berkisarkan mengenai “8 Smiling Angel” yang ditugaskan untuk menyelesaikan masalah dan memberi kegembiraan kepada semua orang. Video muzik ini turut menampilkan personaliti 8TV seperti Chrystina Ng, Wind Lee,  Happy Gan, Natalie Ng, Jan Chin, Desmond Tey, Tan Ley Teng, Yuan Teng dan Lynn Lim. 

Video muzik ini buat pertama kalinya akan dapat ditonton oleh orang ramai melalui Facebook dan YouTube 8TV pada jam 6 petang, manakala akan bersiaran di 8TV pada jam 8.35 malam dan di ntv7 pada jam 11.00 malam pada hari ini. Album ini turut memuatkan 10 buah lagu dengan sebuah lagu kompilasi nyanyian para penyampai radio One FM, lima buah lagu daripada drama bersiri Tahun Baharu Cina Singing In The Spring 2020 dan empat buah lagu lagi daripada telefilem Singing In The Spring 2019.

Media Prima CNY Launching 2020 (3)

MINI SIRI DRAMA & TELEFILEM

Tidak lengkap kempen CNY Keep Smiling kali ini tanpa drama dan telefilem menarik yang bakal disajikan sempena Tahun Baharu Cina 2020 di 8TV dan juga ntv7. Antara drama menarik adalah:

  • Love Delivery (Mulai 3 Jan 2020, 10 episod, setiap Jumaat & Ahad, 9.30 malam)

Mini siri drama pertama yang berkonsepkan kulinari di 8TV lakonan Pauline Tan & Jordan Sen.

  • Singing In The Spring 2020 (Mulai 15 Jan 2020, 10 episod, setiap Isnin hingga Khamis, 9.30 malam). 

Mini siri drama yang berkisarkan perjalanan anak muda untuk mengekalkan tradisi tarian singa warisan keluarga lakonan Jordan Sen, Emily Chan, Rickman Chia, Orange Tan.

  • You Are The One (26 Jan 2020, Ahad, 8.30 malam) 

Telefilem lakonan Henley Hii dan Joey Leong ini mengisahkan mengenai seorang majikan yang tidak berhati perut cuba untuk memperbetulkan kesilapannya namun menghadapi pelbagai rintangan.

Media Prima CNY Launching 2020 (2)

SIRI JELAJAH CNY KEEP SMILING

Bagi memeriahkan lagi kempen CNY Keep Smiling bagi tahun 2020, satu siri jelajah akan diadakan  antaranya,AEON Station 18, Ipoh (28 Disember 2019), Jonker Street, Melaka ( 29 Disember 2019), Bukit Nenas, Kluang (4 Januari), Central i-City, Shah Alam (5 Januari), 8TV CNY FIESTA 2020, Stadium Bukit Jalil (11 Januari), Genting Highlands(12 Januari) dan di 8TV CNY FIESTA 2020, Stadium Bukit Jalil (19 Januari).

8TV CNY FIESTA 2020

Menerima 400,000 kunjungan daripada orang ramai bagi tahun pertama dianjurkan pada tahun 2019, CNY Grand Bazaar kembali untuk tahun 2020 dan kali ini ianya akan dikenali sebagai 8TV CNY Fiesta 2020. Pelbagai barangan dan aktiviti menarik bakal menanti para pengunjung di perkarangan Stadium Bukit Jalil bermula 11 hingga 19 Januari 2020. 

Media Prima CNY Launching 2020 (10)

PERADUAN #CNYKEEPSMILING   

Orang ramai boleh mengambil gambar swafoto sambil tersenyum dan muat naik ke Instagram atau Facebook dengan #CNYKeepSmiling. Gambar paling menarik akan memenangi barangan eksklusif daripada 8TV. 8 Smiling Angel juga akan bersaing sesama sendiri untuk mengumpul gambar senyuman terbanyak daripada peminat mereka bagi merebut hadiah yang disediakan. Kesemua gambar yang di muat naik ke laman media sosial Facebook dan Instagram dengan tanda pagar #CNYKeepSmililng akan di muat naik ke laman rasmi kempen ini iaitu https://cnykeepsmiling.tantannews.com.  

CNY KEEP SMILING TIK TOK CHALLENGE

Sekali lagi kempen CNY Keep Smiling berkolaborasi bersama Tik Tok, aplikasi nombor 1 di media sosial dalam penghasilan video muzik pendek pelbagai efek menarik bagi memeriahkan lagi kempen Tahun Baharu Cina pada tahun ini. Anda hanya perlu memuat turun aplikasi TikTok, rakam video anda dengan lagu CNY Keep Smiling dan jangan lupa untuk #cnykeepsmiling. Bagi setiap video menarik yang berjaya mengumpul 100 mata, anda bakal memenangi hadiah eksklusif!. 

Berikut adalah senarai barangan yang akan dijual sempena kempen CNY Keep Smiling. Kesemua barangan ini boleh didapati di Kedai Buku Popular dan CD Rama di seluruh Malaysia mulai 1 Disember 2019.

NoITEMRM
1 ALBUM (CD & DVD)21.90 
2 COUPLET12.90 *Setiap pembelian RM20 ke atas, harga untuk sehelai couple T menjadi RM6.80 sehelai.
3  SHU LAI BAO PLUSH TOY43.90
4  PIGGY COIN BANK36.90
5  USB (16GB)39.90
6  T-SHIRT32.90
7  LUNCH BOX32.90
8  NOTE BOOK (A5)13.90
9  WATER TUMBLER (1L)32.90
10 WIRELESS BLUETOOTH MOUSE39.90 

Jangan lupa untuk #CNYKeepSmiling di laman sosial anda untuk merancakkan lagi sambutan Tahun Baharu Cina 2020 anda!Untuk maklumat lanjut dan informasi menarik mengenai kempen CNY Keep Smiling ini, sila layari laman web rasmi https://cnykeepsmiling.tantannews.com.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sidang Media Stand Up Comedy Otai Anjuran Astro Warna

Senarai 12 Lagu Finalis Yang Berjaya Ke Anugerah Juara Lagu Ke-34 AJL34