Kemenangan Zaaim menepati ramalan ramai, sekali gus melayakkan protege kepada Siti Nordiana itu membawa pulang wang tunai RM80,000 dan sebuah kereta bernilai RM70,000. Berbekalkan dua persembahan menerusi lagu duet, Gemuruh bersama Lan Solo dan Bukan Rayuan Gombal nyanyian asal Judika, Zaaim menghampakan tiga protege lain untuk menjulang gelaran itu.
Menerima komen positif juri tetap, Datuk Wah Idris dan Mas Idayu, persembahan Zaaim yang penuh bertenaga itu turut mendapat penghormatan daripada mereka.
Sementara itu, tempat kedua diraih Faizul Ashraf Fauzi, 24, atau Pasya. Protege kepada Aizat Amdan itu memberi cabaran apabila menerima pujian ketika membawakan lagu Bohemian Rhapsody bersama Jaclyn Victor.
Turut memilih lagu Bunga-Bunga Cinta nyanyian Misha Omar untuk persembahan solo, kemenangan itu melayakkan Pasya membawa pulang wang tunai RM40,000.
Tempat ketiga pula diungguli Muhammad Azmirul Hafiz Azman, 24, yang memilih lagu Bagaikan Sakti, berduet dengan Ernie Zakri dan Laksamana Raja Di Laut.
Ranisha pula berganding dengan Siti Sarah dalam lagu Beribu Sesalan. Dia kemudian menyampaikan lagu Listen secara solo.
Protege kepada Hafiz Suip itu menerima hadiah wang tunai RM20,000.
Meskipun berada di tempat keempat, Farranisha Shazwany Mohd Faizul, 18, atau Ranisha tidak pulang dengan tangan kosong. Protege kepada Datuk Syafinaz Selamat itu meraih hadiah wang tunai RM10,000.
Pentas akhir Mentor 7 yang dihoskan oleh Shuk Sahak dan Nana Mahazan turut menampilkan Ella sebagai artis undangan dengan mempersembahkan tiga lagu iaitu Kitalah Bintang, Pedih dan Peace Love Rindu.
Markah peserta diadili juri tetap mewakili 50 peratus, manakala juri awam 20 peratus dan 30 peratus lagi berdasaarkan undian atas talian di laman web www.xtra.com.my.