Ketua Pegawai Operasi TV AlHijrah, Nadzariah Mohamed berkata, ini merupakan permulaan yang baik bagi TV AlHijrah yang mengembangkan penyebaran maklumat melalui platform digital di aplikasi AlHijrah Plus.
“Pengiktirafan ini membuktikan kandungan digital TV AlHijrah telah diterima oleh orang ramai dan seterusnya kita perlu menyediakan lebih banyak kandungan digital di masa hadapan.
“Saya seru semua penonton stesen ini untuk memuat turun aplikasi AlHijrah Plus bagi menikmati kandungan digital TV AlHijrah di platform digital. Lebih 133 ribu pengguna aktif bersama kami sejak aplikasi ini diperkenalkan pada tahun 2022,” jelas Nadzariah.
“Anugerah ini juga adalah hasil titik peluh seluruh kakitangan TV AlHijrah yang bertungkus lumus menyediakan pelbagai kandungan terbaik untuk disajikan kepada penonton TV AlHijrah.
Menurut Nadzariah lagi, majlis anugerah ini dihadiri oleh pelbagai tokoh industri, pemimpin korporat, serta para profesional yang cemerlang dalam bidang masing-masing.
“The BrandLaureate Fast Moving Growing Sustainable Business & Brands Award 2024 – Nation Branding Award adalah satu pengiktirafan yang diidamkan oleh banyak organisasi, kerana ia menilai dan menghargai jenama-jenama yang menunjukkan prestasi luar biasa dalam pelbagai kategori,” katanya.
Pada masa yang sama, aplikasi AlHijrah Plus juga berjaya merangkul anugerah berprestij dari Singapura di majlis Anugerah Asia-Pacific Broadcasting Awards 2024 bagi kategori projek Terrestrial OTT Platform (Malaysia) pada 30 Mei yang lalu.
Anugerah Asia-Pacific Broadcasting Awards 2024 ini bertujuan mengiktiraf inovasi dan kecemerlangan organisasi antarabangsa dalam projek yang memajukan industri penyiaran menerusi kandungan, inovasi dan digitalisasi. Antara panel juri anugerah ini adalah Kiran Karunakaran, Wilson Chow dan Pattaraphan Paiboon.