Kemenangan tersebut melayakkan mereka membawa pulang trofi dan wang tunai RM100,000 pada kemuncak pertandingan realiti tersebut.
Membawakan lagu Kong Kali Kong nyanyian asal Floor 88, duo tersebut berjaya memukau juri dan penonton, sekali gus mengetepikan persaingan dua pasangan lain untuk muncul juara.
Menerusi persembahan bertemakan berkumpulan atau duet popular, pasangan beradik asal itu mendapat pujian daripada kedua-dua juri, Mas Idayu dan Ajai.
Jelas Mas Idayu, duo beradik itu bijak menggunakan pentas dan memilih lagu serta menunjukkan komitmen yang cukup tinggi sehingga berjaya bergelar juara.
Pasangan beradik asal Sabah itu mendapat standing ovation daripada kedua-dua juri menerusi medley lagu Angan Tak sudah, Lemak Manis dan Umpan Jinak Di Air Tenang.
Sementara itu, dua lagi duo yang bertanding merebut kejuaraan pulang hampa tanpa diumumkan kedudukan mereka dalam pertandingan tersebut.
Cemerlang di tempat kedua, duo beradik, Adira dan Emma Suhaimi yang mempertaruhkan lagu Pelesit Kota (nyanyian asal Search) bagi tema bebas mendapat kritikan juri kerana kurang menonjolkan identiti dan kemampuan sebenar.
Mereka yang mendapat standing ovation daripada juri bagi pusingan pertama turut mempersembahan lagu Bang Bang (nyanyian asal Ariana Grande, Jessie J dan Nicky Minaj) bertemakan Kumpulan dan Duet Popular.
Manakala, duo sepupu, Haqiem Rusli dan Ariff Bahran terpaksa berpuas hati di tempat ketiga dengan persembahan Beribu Sesalan (nyanyian asal Jaclyn Victor, Shila Amzah dan Ning Baizura) bagi tema Kumpulan dan Duet Popular.
Manakala bagi pusingan kedua bertemakan bebas, mereka cemerlang dengan pilihan lagu Ada Gajah Di Balik Batu (nyanyian asal Wali).
Selain tiga pasangan ini, Famili Duo musim ketiga sebelum ini turut disertai pasangan adik-beradik, Shila Amzah dan Syahir, pasangan suami isteri, Tom dan Fuad dna pempengaruh dua beradik, Ryan dan Adam Bakery.
Famili Duo musim ketiga ini menampilkan Jannai Nick dan Izzue Islam sebagai pengacara.