in , ,

Tahniah! Shahir Zawawi Juara Pertama Hijrahkan Laguku Bawa Pulang Wang Tunai RM100,000

Pentas akhir program realiti Hijrahkan Laguku menyaksikan penyanyi Shahir Zawawi menjuarai pertandingan tersebut sekali gus membawa pulang wang tunai berjumlah RM100,000.

Tahniah Budiey ucapkan buat Shahir Zawawi yang telah dinobatkan sebagai juara di pentas akhir program realiti nyanyian Hijrahkan Laguku musim pertama. 

Shahir, 34, memperoleh markah keseluruhan 72 peratus dan menewaskan Datuk Nash (71%), Mark Adam (63%) dan Iwan Syahman (62%).

Kemenangan Shahir yang juga merupakan bekas Juara program Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) itu telah mengetepikan tiga finalis lain iaitu Datuk Nash, Mark Adam dan Iwan Syahman yang berkongsi kedudukan naib juara sekali gus membawa pulang wang tunai berjumlah RM20,000.

Tahniah! Shahir Zawawi Juara Pertama Hijrahkan Laguku Bawa Pulang Wang Tunai RM100,000

Ketika pertandingan, Shahir membawakan dua buah lagu iaitu Madahku yang diubah daripada lagu asal Madah Berhelah oleh penyanyi Ziana Zain untuk segmen solo, manakala lagu duet bersama Datuk Nash pula lagu berrjudul Perjalanan Jiwa yang diubah daripada lagu asal Kamelia dendangan kumpulan Sweet Charity.

Bekas penyanyi dangdut Iwan Syahman pada malam pertandingan akhir yang berlangsung di Studio TV AlHijrah itu turut diumumkan sebagai pemenang kategori Sawa’ Assabil dengan membawa pulang wang tunai berjumlah RM3,000.

Kemenangan itu diberikan kepada Iwan atas usahanya ‘menghijrahkan’ lebih daripada 30 buah lagu popular ke jalan Allah SWT.

Tahniah! Shahir Zawawi Juara Pertama Hijrahkan Laguku Bawa Pulang Wang Tunai RM100,000

Dihoskan oleh pengacara Faizal Ismail atau FBI dan Bell Ngasri, malam akhir Hijrahkan Laguku yang disiarkan secara langsung di TV AlHijrah telah diadili 80 peratus oleh juri tetap iaitu komposer Fauzi Marzuki dan ustaz Hazamin (Inteam). Manakala juri jemputan pula adalah Ustaz Don Daniyal Don Biyajid.

Manakala baki lagi 20 peratus markah ditentukan oleh undian daripada penonton.

Cabaran yang bermula pada 20 November lalu menyaksikan peserta yang sudah berhijrah menggubah senikata seleksi dendangan popular kepada lagu dakwah bagi mencapai matlamat berkongsi pengisian bermanfaat.

Tahniah! Shahir Zawawi Juara Pertama Hijrahkan Laguku Bawa Pulang Wang Tunai RM100,000

Terdahulu pertandingan yang berjalan selama lapan minggu itu turut disertai oleh empat penyanyi lain iaitu Pengeran Adam, Zaf VE, Zack Kool dan Rahmad Mega. 

Shahir Zawawi Juara Pertama Hijrahkan Laguku

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TRAVEL

Nikmati Sajian Nasi Daun Pisang Yang Enak Di Sekitar Negeri Selangor!

ARAF AZIZ

Bintang Tiktok, Araf Aziz Hasilkan Single Pertama CINTA HATI