in , ,

Tahniah! Santan Rai Ulang Tahun Pertama Dengan Pencapaian Membanggakan

Santan, jenama restoran pertama di dunia yang menawarkan hidangan dalam penerbangan di restoran, hari ini menyambut ulang tahun pertamanya dengan pencapaian membanggakan walaupun dilanda cabaran semasa.

Selepas menerima sijil pendaftaran francais rasmi yang oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) pada bulan September, Santan telah menubuhkan lima cawangan francais baharu di Lembah Klang. Cawangan-cawangan tersebut tidak termasuk cawangan di Mid Valley dan Sunway Pyramid serta dua lagi cawangan yang akan dibuka sebelum akhir tahun 2020. Santan juga telah menubuhkan tiga dapur satelit di Cheras, Shah Alam dan Sri Kembangan untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat di Lembah Klang, terutama melalui perkhidmatan penghantaran.

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan pada bulan November, Santan menyaksikan pertumbuhan perkhidmatan penghantarannya sehingga 80%, berbanding 40% semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada bulan Mac hingga Mei 2020. Santan juga telah menjual lebih 385,000 hidangan sepanjang tahun, termasuklah rangkaian Sedia-untuk-Dimakan yang popular.

Selain menyokong usahawan muda dengan menyediakan platform untuk memulakan karier mereka di dalam industri makanan dan minuman (F&B) melalui francais, Santan terus membantu komuniti setempat serta perusahaan kecil dan sederhana di seluruh negara melalui Kempen Beli Barangan Malaysia dengan pelancaran ‘Santan Food’ pada bulan September – satu ruang khas bertempat di restorannya di Mid Valley Megamall untuk mempromosikan produk buatan Malaysia yang terbaik seperti makanan ringan, kopi, teh buatan tempatan dan banyak lagi.

Sebagai sebahagian daripada rancangan pengembangannya yang berterusan, Santan turut menjenamakan semula T&Co kepada ‘Santan Cafe’ pada 26 Oktober. Terletak di antara jambatan Mid Valley dan The Gardens, kafe ini menawarkan minuman yang popular di Malaysia dan Asean serta makanan ringan.

Catherine Goh, Pengurus Besar Santan
Catherine Goh, Pengurus Besar Santan

Catherine Goh, Pengurus Besar Santan berkata: “Ini merupakan tahun penuh cabaran tetapi membanggakan bagi kami semua di Santan. Kami telah berkembang dari satu restoran hingga kepada hampir sepuluh cawangan, menubuhkan dapur satelit dan memperkenalkan konsep baharu di samping terus menyokong komuniti setempat dengan mendapatkan bahan segar dan produk tempatan, serta menyediakan peluang pekerjaan kepada ramai orang termasuklah bekas kakitangan sektor penerbangan. Kami juga terus menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan melalui kerjasama berterusan dengan Food Aid Foundation.

“Sudah tentu, pencapaian ini tidak mungkin dapat diperolehi tanpa sokongan daripada pasukan Santan – daripada kakitangan di dapur dan di restoran, barista, francaisi hingga kepada pengendali dapur satelit dan para pelanggan, yang meminati hidangan inspirasi dari Asean kami sejak ia mula diperkenalkan. Sebagai tanda penghargaan, nikmatilah Nasi Lemak Pak Nasser kegemaran ramai dengan harga RM1* sahaja pada hari ini! Terima kasih kerana membawa Santan selangkah ke hadapan untuk menjadi rangkaian makanan segera pertama Asean dan kami tidak sabar untuk mengembangkan cawangan ke seluruh Malaysia dan Asean pada tahun depan.”

Sempena ulang tahun pertama, Santan telah bekerjasama dengan jenama gaya hidup tempatan, Bingka untuk menghasilkan barangan cenderamata buatan tangan yang menampilkan tema ‘Nasi Lemak Pak Nasser’ yang ikonik. Dihasilkan oleh komuniti tempatan termasuklah suri rumah, tukang jahit persendirian, dan pelajar, cenderamata eksklusif ini boleh didapati dalam talian di santan.com.my dan di semua tujuh cawangan restoran Santan.

*Beli mana-mana Super Value Meal dan nikmati Nasi Lemak Pak Nasser dengan harga RM1 sahaja dengan kod promosi STN1 di santan.com.my. Sah untuk makan di restoran, bawa pulang dan penghantaran bagi 100 pelanggan pertama. Tertakluk kepada terma dan syarat lain.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hashtag #StandWithDaiSyed Timbul Trending, Dipergunakan Oleh Peminat K-Pop?

Isu Pendakwah Selebriti, Polis Terima 5 Lagi Laporan, Dakwaan Guna Ilmu Pengasih