Adira memberitahu bayi seberat 3.5 kilogram itu selamat dilahirkan secara pembedahan dan keadaan mereka baik-baik sahaja.
“Alhamdilillah, pembedahan berjalan dengan lancar. Saya masih berada dalam keadaan mamai kesan bius pembedahan yang dijalani tengah hari tadi.
“Saya dan bayi berada dalam keadaan baik. Mujur ibu juga turun ke Kuala Lumpur bagi membantu menguruskan saya dan anak-anak. Terima kasih atas doa semua. Kini fokus untuk berpantang saja,” katanya.
Sebentar tadi, Adira dilihat ada memuat naik gambar bayi keempatnya itu di akaun Instagram miliknya. Bagaimanapun Adira tidak mendedahkan nama anaknya itu lagi.
Adira mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Adnan Abu di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015. Pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata, Anggrek, 5, Asan, 4, dan Anggun, 3.