Nabila meluahkan rasa syukur dan menganggap ia satu pencapaian terbaik buat dirinya dan segala penat lelah dalam mempromosikan lagu tersebut berbaloi.
Lagu ciptaan oleh Hael Husaini dan MFMF itu meraih 2x Platinum Award kerana memenuhi kriteria berjaya mendapat hasil sehingga RM400,000. Syarat untuk mendapat Platinum Award, lagu tersebut haruslah meraih hasil sebanyak RM200,000.
Dalam pada itu, Nabila berkata, faktor utama kejayaan itu pastinya disebabkan lagu ciptaan Hael Husaini dan MFMF itu sendiri merupakan produk yang bagus dan berkualiti. Sebagai artis, dia juga sentisa memastikan lagu yang dinyanyikan itu dipromosi sebaik mungkin dan disukai oleh pendengar.
“Bagi Bella, setiap produk yang dikeluarkan itu haruslah berkualiti dan bukan syok sendiri supaya hasilnya bukan kita sahaja suka, tetapi peminat juga suka dan boleh relate dengan lagu tersebut. Ini merupakan satu faktor yang sangat penting tentang kejayaan lagu Peluang Kedua dan semua lagu-lagu yang bakal dikeluarkan oleh Bella,” katanya.
– Nabila Razali
Dalam perkembangan lain, Nabila memberitahu dia bakal melancarkan lagu baharu tidak lama lagi. Seperti Peluang Kedua, dia berharap agar lagu berkenaan juga mendapat sambutan hangat pendengar muzik Malaysia.