in , ,

Juara Dapur Tempur Milik Pasangan Masam Manis, Paling Berbaloi

Pertempuran Yang Berbaloi Sepanjang 8 Minggu

“Gunakan masa untuk melihat, hidung untuk bau dan lidah untuk merasa. Jangan terlalu mengejar masa sampai anda tertinggal apa itu rasa.” Itulah mutiara kata daripada Sheila Rusly untuk membakar semangat para peserta sebelum bermulanya pertandingan akhir Dapur Tempur semalam. 

Akhirnya kemenangan berpihak kepada pasangan Masam Manis yang dinobatkan sebagai Juara Dapur Tempur! Ini merupakan pertempuran paling berbaloi buat pasangan suami dan isteri iaitu Muiz dan Arieni setelah bertungkus-lumus berhadapan dengan 16 cabaran menu untuk dinilai oleh 3 juri profesional.

Juara Dapur Tempur

Dua pasangan lain yang berjaya mara ke pusingan akhir ialah pasangan kakak & adik Seketul Rasa (Idziatul Shima Samarudin, 42 & Muhammad Hanis Samarudin 32), yang telah mendapat tempat kedua, dan Pendekar Malaya (Mohd Haizal Ismail, 47 & Irfan Hariz S Miswandi, 20). Bagi pusingan terakhir ini, Michael Ang telah dijemput sebagai juri jemputan bergandingan dengan juri tetap iaitu Sheila Rusly dan Chef Adu Amran.

Selain bergelar juara Dapur Tempur yang dibawakan oleh Panasonic dan NONA ini, Muzi dan Arieni turut membawa pulang hadiah wang tunai RM6,000, ketuhar stim cubie Panasonic dan bekalan produk NONA selama setahun. Manakala naib juara yang disandang oleh Seketul Rasa pula telah membawa pulang hadiah wang tunai RM4,000 dan periuk nasi IH Panasonic.

Walaupun tersingkir di awal pusingan, Pendekar Malaya yang menduduki tempat ketiga turut membawa pulang mesin pembuat roti Panasonic manakala tempat keempat membawa pulang pemerah jus perlahan Panasonic. 

Juara Dapur Tempur

Cabaran pertama berkonsep #nonakanharimu, mereka perlu menggunakan kreativiti persembahan juadah, teknik memasak rasa dalam menyediakan masakan yang menggunakan bahan-bahan berasaskan jenama Nona seperti ketupat mini, sup uncang, sos tiram dan kicap lemak manis. 

Seketul Rasa telah menyediakan menu Daging Kerisik, Pendekar Malaya memberikan nama menu istimewa iaitu Daging Kam Heong Kam Sayang Bersama Ketupat Mini. 

Sementara itu, Masam Manis telah mengambil langkah berani dan membawa kelainan apabila menyediakan menu Salmon Teriyaki Terakhir. Hanya pasangan ini yang menggunakan ikan dimana dua pasangan lagi menggunakan daging untuk cabaran pertama.

Juara Dapur Tempur

Untuk cabaran kedua, mereka telah diberi cabaran “nasi kenduri” dan kemenangan berpihak kepada Masam Manis apabila Arieni menyediakan masakan mengikut menu di hari perkahwinan mereka 5 tahun lalu iaitu nasi minyak, rendang, pencuci mulut kek oren serta aiskrim kelapa. Sementara minuman pula mengikut citarasa kegemaran suaminya iaitu jus buah-buahan tembikai dan buah naga. 

Juara Dapur Tempur

Dapur Tempur ini telah mula disiarkan selama 8 episod di TV9 sejak 3 November 2022 yang lalu. Kepada yang tidak berkesempatan untuk menyaksikan pertempuran Dapur Tempur ini, boleh strim langsung secara HD di www.tonton.com.my.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

NABILA RAZALI PUTUS

Sinopsis Drama Kerana Cinta Itu Ada Lakonan Aedy Ashraf & Nabila Razali 

KITA JUARA

Kita Juara Hariz Fayahet & Bunga Sempena Anugerah Ikon Sukan Harian Metro