Isteri kepada pelawak terkenal, Fad Bocey iaitu Syaheera Rahman telah selamat bersalin bayi lelaki mereka awal pagi tadi. Berita gembira itu dikongsikan Fad, menerusi akaun Instagram miliknya. Tahniah!
Menurut Fad, isterinya selamat bersalin pada pukul 4.41 pagi tadi. Mereka berdua telah memilih nama yang cukup indah buat bayi tersebut iaitu Ibrahim Jibriel.
Fad telah mengumumkan khabar gembira itu menerusi laman Instagram miliknya dengan meluahkan rasa syukur terhadap kurniaan yang Maha Esa.
Selain itu, pelawak yang juga ahli kumpulan Bocey ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang mendoakan segala urusan isteri serta keluarganya dipermudahkan sehingga bayi mereka selamat dilahirkan.
Dia juga sempat meluahkan rasa sayang yang tidak terhingga buat isteri kerana sekali lagi sanggup berkorban demi zuriat mereka.
Rata-rata warganet telah memberi ucapan tahniah kepada Fad dan isteri atas kelahiran cahaya mata itu.
Mereka juga mendoakan agar Ibrahim Jibriel membesar menjadi anak yang soleh dan mendengar kata orang tua.
Terdahulu, pasangan itu bernikah pada 2015 dan dikurniakan tiga orang anak. Anak pertama mereka merupakan pasangan kembar Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayyan manakala pada 2017 mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Aminah Mishall.