Tahun 2018 bakal ditinggalkan pelakon Hanez Suraya atau nama sebenarnya Hanez Suraya Abdul Aziz dengan memori paling manis apabila disahkan hamil anak kedua. Wah, bestnya. Semoga Hanez dapat jaga betul-betul baby dalam kandungan tu. Mesti comel bila lahir nanti kan?
“Setakat ini, semuanya dipermudahkan. Saya juga sempat berniaga dan membuka booth jenama tudung saya, Everyday KL di ECurve.”
– Hanez Suraya
Berkongsi berita gembira itu di Instagram, Hanez, 34, yang memuat naik video ketika melakukan ujian imbasan memaklumkan, dia kini hamil tiga bulan.
“Pada mulanya, saya berhasrat untuk merahsiakan dahulu perkara ini memandangkan ada beberapa urusan yang perlu diselesaikan.
“Namun, saya terfikir anak adalah rezeki paling bermakna diberikan Allah, jadi saya tunggu masa yang terbaik untuk berterus terang.
“Saya berharap rezeki saya akan terus murah dengan kehadiran anak kedua nanti.
“Walaupun sudah tidak lagi berlakon, saya tetap sibuk mengendalikan perniagaan sebagai sumber rezeki,”
– Hanez Suraya
Berdoa kandungannya sentiasa sihat dan dipermudahkan, pelakon drama Love You Mr Arrogant itu berkata, sebelum ini, hanya beberapa teman rapat yang mengetahui dirinya hamil.
“Memandangkan susuk tubuh saya kurus, ramai yang mula menyedari perubahan pada diri terutama bahagian perut.
“Apabila usia kandungan memasuki tiga bulan, saya fikir ini masa terbaik untuk saya berkongsi berita gembira ini dengan semua,”
– Hanez Suraya
Bersyukur tidak mengalami alahan teruk, Hanez berkata, dia masih meneruskan rutin hariannya seperti biasa, termasuk menyertai karnival jualan di pelbagai lokasi.
“Saya pula jika hanya duduk di rumah, cepat lemah dan loya. Jika dilayan, saya akan jadi malas. Jadi, saya lawan perasaan itu,”
– Hanez Suraya
Hanez berkata, sebelum disahkan berbadan dua, dia menyedari beberapa perubahan pada anak sulungnya, Puteri Aleesya, 3.
“Aleesya tiba-tiba mengaku dia anak lelaki, malah mulai renggang sedangkan sebelum ini, kami memang rapat.
“Tidak sangka, itu adalah petanda awal saya hamil lagi,” katanya yang sudah lima tahun tidak berlakon.”
– Hanez Suraya
Hanez mendirikan perkahwinan bersama usahawan, Romie Razin Aidilha Abd Jais, 37, pada 25 Mac 2015.
Sumber: Berita Harian