in , ,

Tahniah Fasha Sandha! Kini Bergelar Duta Produk BRANDS InnerShine

Cerita semalam, ketika mana Budiey buat liputan di Pelancaran Duta Produk InnerShine terbaharu iaitu Fasha Sandha. Haa, jom baca artikel kat bawah ni!

Semasa Budiey menemubual Fasha secara eksklusif, Fasha tak lupa untuk menjemput semua untuk memeriahkan Majlis Resepsi belah Aidil di Rembau, Negeri Sembilan dengan tema tradisional.

Tahniah Fasha Sandha! Kurang seminggu bergelar isteri kepada pelakon Aidil Aziz, Fasha Sandha telah menerima rezeki apabila dia secara rasmi merupakan wajah terbaharu untuk rangkaian InnerShine merangkumi InnerShine Pati Prun dan InnerShine Pati Beri.

Fasha Sandha Duta Brands

Tampil anggun dan senyum manisnya sentiasa terukir, mengenakan persalinan gaun ungu cair senteng, Fasha turut memberitahu meski inainya masih merah di jari, perlantikan tersebut disifatkan sebagai rezeki kahwin dan anak-anak.

Menurut Fasha, dia dah mencuba produk ini selama sebulan. Ternyata memberi kesan yang positif kepada kulit, rambut dan matanya. Yang penting badan rasa segar dan sihat.

Acara semalam turut mengumumkan penajaan Brands InnerShine untuk drama 14 episod lakonan Fasha Sandha berjudul PATAH SAYAP BERTONGKAT PARUH. Drama ini disiarkan di Astro Ria mulai 3 April.

Fasha Sandha Duta Brands

InnerShine® Berseri Dari Dalam Bersama Duta Jenama Baharu, Fasha Sandha 

Tanggal 3 April 2019, BRAND’S®Suntory (Malaysia) Sdn Bhd memperkenalkan pelakon yang memenangi anugerah, Fasha Sandha, sebagai duta jenama baharu untuk rangkaian InnerShine® – merangkumi InnerShine® Pati Prun dan InnerShine® Pati Beri.

Acara/majlis ini menandakan bermulanya siri jelajah InnerShine® yang dianjurkan dari 3-7 April 2019 di pusat beli-belah One Utama, BRAND’S® Suntory turut mengumumkan penajaan drama bersiri 14 episod, Patah Sayap Bertongkat Paruh, yang dibintangi Fasha Sandha.

Drama tersebut akan ditayangkan di saluran Astro Ria mulai 3 April ini. Acara itu juga menandakan tahun kedua berturut-turut BRAND’S® Suntory menjalin kerjasama dengan Watsons bagi peraduan Pencarian Wajah #InnerShine® CantikSemulaJadi serta pengenalan duta jenama dan siri jelajahnya.

Tahniah Fasha Sandha! Kini Bergelar Duta Produk BRANDS InnerShine

“Kami amat gembira untuk mengalu-alukan kehadiran Fasha dalam keluarga InnerShine® kerana beliau merupakan padanan sempurna tema kami ‘Cantik Semulajadi’. 

Sungguhpun amalan kecantikan termasuk penjagaan kulit dan penggunaan mekap merupakan kaedah yang efektif untuk meningkatkan penampilan diri, namun, kami sentiasa percaya bahawa kecantikan semulajadi boleh dikekalkan sekiranya diri dijaga dengan pengambilan nutrien yang betul.

Tubuh yang sihat daripada khasiat daripada nutrien yang baik menyerlahkan lagi kecantikan diri secara semulajadi. Dengan InnerShine®, anda boleh mencapai rejim kecantikan holistik yang menjadikan kulit lebih berseri secara semulajadi.

Selain itu, keremajaan kulit dapat dikekalkan menerusi manfaat kandungan antioksida dalam Pati Berii kami.

Oleh itu, rejim penjagaan kulit anda dapat dilihat dengan lebih jelas, di samping menyerlahkan hasil solekan anda. Saya amat berbesar hati apabila Fasha mampu membantu kami berkongsi maklumat ini bersama para peminat beliau,”

– Kuang Ming King, Ketua Pegawai Operasi Asia Tenggara, BRAND’S Suntory.

Berkongsi pandangannya dalam mencapai kecantikan secara semulajadi, Fasha berkata,

“Saya percaya bahawa pengambilan makanan yang sihat memberikan kesan yang positif kepada penampilan diri. Namun demikian, sungguhpun kebanyakan kita berusaha sebaik mungkin dalam memastikan diri dan orang tersayang mengamalkan pemakanan yang sihat untuk berasa sihat dan tampil hebat, tetapi cabaran gaya hidup moden yang sibuk menjadikan tahap yang memuaskan sukar dicapai.

Saya amat gembira apabila syarikat-syarikat seperti BRAND’S® telah tampil dalam membantu pengguna dengan menyediakan suplemen-suplemen berkhasiat seperti rangkaian InnerShine® yang membolehkan kita mendapat kulit cantik secara semulajadi memandangkan kesihatan yang baik datang daripada pengambilan nutrien yang betul.

Selain itu, formulasi cecair InnerShine® juga membenarkan pati dan khasiat semulajadi mudah diserap oleh tubuh.”

– Fasha Sandha

InnerShine® Pati Prun berkesan terhadap sistem penghadaman anda, membersihkan bahagian dalaman tubuh dengan keserian wajah yang dapat dilihat dalam tempoh 12 hari.

Gabungan pati buah prun dan Vitamin E meningkatkan keupayaan perlindungan kulit anda daripada radikal-radikal bebas yang terdapat di persekitaran, seterusnya memberikan kulit yang lebih sihat dan berseri. Suplemen berkhasiat 100% berasaskan buah-buahan ini juga kaya dengan serat buah prun dan maltodekstrin – sejenis serat boleh larut yang menggalakkan pergerakan usus yang baik dan membantu menyingkirkan toksin-toksin yang tidak diperlukan di dalam tubuh. 

InnerShine® Pati Beri merupakan pati diperkuat dengan kandungan Vitamin A, C & E serta Zink. Vitamin C dan Vitamin E membantu melindungi sel daripada tekanan oksidatif.

Sebagai tambahan, pati berkenaan juga mengandungi nutrien-nutrien daripada tujuh beri premium yang kaya dengan antioksida – blueberries, blackcurrants, cranberries, chokeberries, strawberries, acai berries dan elderberries. Antioksida itu membantu melindungi kulit anda daripada kerosakan UV dan kesan keseluruhan daripada nutrien-nutrien terlibat memastikan kulit anda licin dan kekal berseri serta kelihatan lebih muda. 

Pada tahun 2019, InnerShine® menekankan manfaat Pati Prun dan Pati Beri bagi membantu mencapai kecantikan dalaman menerusi penganjuran kempen Shine Dari Dalaman.

“Kami mahu memastikan pengguna memahami dan menikmati manfaat sebenar InnerShine®, sekali gus memastikan kulit mereka sentiasa cantik menerusi pengambilan InnerShine® iaitu suplemen dalam botol yang mudah diminum dan dihadam,”

– Ming Ming
Fasha Sandha Duta Brands

Pencarian Wajah #InnerShine® Cantik SemulaJadi Kembali

InnerShine® kembali dengan pertandingan Pencarian Wajah #InnerShine® CantikSemulaJadi2019, berlangsung dari 5 Mac hingga 14 April 2019, dengan kerjasama eksklusif bersama Watsons.

Sempena peraduan ini, seramai 30 orang pelanggan Watsons berpeluang memenangi wang tunai bernilai RM300 dan produk InnerShine® bernilai RM100. Daripada jumlah tersebut, lima pemenang akan diumumkan pada setiap minggu melalui laman Facebook dan Instagram.

Bagi menyertai pertandingan tersebut, para pelanggan hanya perlu membeli pek 12 botol produk InnerShine® di mana-mana rangkaian Watsons di seluruh negara atau dari laman web Watsons.

Mereka kemudian perlu mengambil gambar kreatif mengenai rejim penjagaan kulit masing-masing sambil memaparkan InnerShine® dan memuat naik gambar berkenaan ke laman Instagram bersertakan kapsyen kreatif serta tanda pagar  #InnerShineCantikSemulaJadi2019.  

Kesemua peserta perlu menyimpan resit pembelian mereka memandangkan para pemenang bertuah perlu menyerahkan resit tersebut sebagai pengesahan.

Untuk mengetahui terma-terma dan syarat serta maklumat lanjut mengenai peraduan Pencarian Wajah #InnerShine®CantikSemulaJadi2019, sila layari laman web https://www.brandsworld.com.my/en/whats-new/contests/19-innershine-cantiksemulajadi.html

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai rangkaian InnerShine® dan produk-produk BRAND’S® lain yang ditawarkan di Malaysia, sila layari laman web BRAND’S® di  www.brandsworld.com.my.

Jangan lepaskan berita-berita terkini mengenai rangkaian InnerShine® di Facebook (www.facebook.com/InnershineClub) dan Instagram (www.instagram.com/innershineclub).

Fasha Sandha Duta Brands
Fasha Sandha Duta Brands
Fasha Sandha Duta Brands
Fasha Sandha Duta Brands
Fasha Sandha Duta Brands
Fasha Sandha Duta Brands

MengenaiInnerShine® Pati Prun

InnerShine® Pati Prun dihasilkan bagi manfaat sistem penghadaman dan membersihkan tubuh anda secara dalaman dengan kesan luaran dapat dilihat dalam tempoh 12 hari. Ia mengandungi pati buah prun dengan tambahan Vitamin E untuk meningkatkan perlindungan kulit daripada radikal-radikal bebas, seterusnya menjadikan kulit lebih sihat dan berseri. Dengan ramuan semulajadi, InnerShine® Pati Prun yang 100% berasaskan buah-buahan merupakan tambahan sempurna dalam rejim penjagaan kecantikan individu yang biasanya akan bermula dengan pembersihan dan melembap sebelum berakhir dengan sapuan bedak muka atau alat solek. Suplemen berkhasiat ini menggalakkan sistem penghadaman sihat yang menyerap nutrien-nutrien bermanfaat dengan mudah bagi kulit yang sihat berseri. InnerShine® Pati Prun kaya dengan serat daripada buah prun dan maltodextrin, sejenis serat boleh larut yang menggalakkan pergerakan usus yang baik dan membantu menyingkirkan toksin-toksin yang tidak diperlukan dari tubuh. 

Mengenai InnerShine®Pati Beri

InnerShine® Pati Beri merupakan pati beri yang diperkayakan dengan Vitamin A, C & E serta Zink. Vitamin C dan Vitamin E menyumbang terhadap perlindungan sel daripada tekanan oksidatif. Sementara itu, Pati Beri juga memastikan kulit anda kekal licin dan berseri melalui ramuan tujuh jenis beri premium – blueberries, blackcurrants, cranberries, chokeberries, strawberries, acai berries dan elderberriesyang dipetik di Eropah dan Amerika. Beri-beri ini mempunyai kandungan antioksida yang tinggi dan membantu melindungi kulit anda daripada kesan kerosakan UV dan melambatkan proses penuaan. Ia juga boleh membantu kulit anda kekal berseri dan kelihatan lebih muda. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Xiaomi Brings Flagship Mi 9 to Malaysia

Sophia Fredskild Kembali Lancar Single Kedua FOREVER MINE