in , ,

Tahniah! Fasha Sandha Dilantik Jadi Duta Jenama Alfaro Selama Dua Tahun

Jenama tekstil terkemuka ALFARO menyasarkan jualan sehingga RM 7 juta bagi koleksi Ramadan dan Raya pada tahun ini.

Pengasasnya, Mr. Farooq Ahmed berkata, ia melibatkan penjualan lebih 70,000 pasang baju bagi setiap kategori yang didatangkan pada harga yang sangat berpatutan.

Melihat kepada sambutan hangat pada jualan pada sambutan Ramadan dan Raya pada  tahun lalu, Mr. Farooq Ahmed yakin hasil jualan pakaian pada tahun ini juga akan bertambah lebih 100 peratus.

Tahniah! Fasha Sandha Dilantik Sebagai Duta Koleksi Jenama Alfaro Selama Dua Tahun

“Sebelum ini, ramai peniaga terduduk  akibat akibat penularan COVID-19. Pembukaan semula sektor ekonomi dan sosial dalam negara turut membantu merangsang semula jualan kerana semua aktiviti telah dibenarkan seperti biasa.

“Pemulihan ini semakin ketara apabila orang ramai masih lagi membeli walaupun bukan di musim perayaan. Saya percaya jualan Alfaro akan lebih meningkat sempena sambutan Ramadan dan raya tahun ini,”

– Fasha Sandha
Tahniah! Fasha Sandha Dilantik Sebagai Duta Koleksi Jenama Alfaro Selama Dua Tahun

Setelah 16 tahun berada dalam pasaran, akhirnya Alfaro buat julung kali melantik pelakon Fasha Sandha sebagai duta koleksi pakaian jenama tersebut selama dua tahun.

Tahniah! Fasha Sandha Dilantik Sebagai Duta Koleksi Jenama Alfaro Selama Dua Tahun

Menurut Mr. Farooq Ahmed pihaknya memilih untuk bekerjasama dengan Fasha Sandha kerana aktres itu memberi pengaruh yang sangat besar kepada masyarakat tempatan dan secara tidak langsung dapat memperkenalkan jenama Alfaro dengan lebih meluas.

Tahniah! Fasha Sandha Dilantik Sebagai Duta Koleksi Jenama Alfaro Selama Dua Tahun

“Ini adalah jalinan pertama kami bersama selebriti terkenal dan saya yakin kerjasama dengan Fasha Sandha akan memberi impak besar kepada perniagaan kami.

“Seperti semua tahu, Fasha Sandha juga mempunyai komitmen yang sangat tinggi selain disiplin kerja yang bagus dan ia buat saya tertarik kerana dua kriteria ini penting untuk seseorang mahu Berjaya.

“Malah siapa tahu, kehadiran Fasha Sandha juga mungkin akan memberi hasil jualan lebih daripada jangkaan sasaran kami,” katanya.

Tahniah! Fasha Sandha Dilantik Sebagai Duta Koleksi Jenama Alfaro Selama Dua Tahun

Sementara itu, Fasha Sandha ketika disoal mengapa bersetuju untuk bekerjasama dengan jenama Alfaro, dia melihat keikhlasan pemiliknya yang bersungguh-sungguh dalam memastikan produk keluarannya berkualiti tinggi buat pembeli. 

Tahniah! Fasha Sandha Dilantik Sebagai Duta Koleksi Jenama Alfaro Selama Dua Tahun

“Saya berbesar hati apabila diberi peluang bekerjasama dengan Alfaro dan berharap dengan penglibatan saya mampu membuat jenama ini lebih dikenali ramai. 

“Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini sehingga memberi kesan buat kita semua, saya mahu orang ramai turut merasa baju raya yang berkualiti dengan harga yang sangat berbaloi,” jelas Fasha Sandha.

Tahniah! Fasha Sandha Dilantik Sebagai Duta Koleksi Jenama Alfaro Selama Dua Tahun

Bagi koleksi tahun ini, Alfaro muncul dengan Abaya Dubai, Kurta, Baju Melayu dan Baju Kurung yang berharga serendah RM59 sehingga RM199.

Selain boleh dibeli secara dalam talian menerusi laman web www.alfaro.com.my, koleksi baju raya Alfaro juga boleh didapati di:

Corporate Office & Alfaro Mall :- NO 171 Jalan Tunaku Abdul Rahman 50100 Kuala Lumpur 0326029250

Tahniah! Fasha Sandha Dilantik Sebagai Duta Koleksi Jenama Alfaro Selama Dua Tahun

Alfaro Outlets

  • No 23-1/21A-G2C, Jalan Tuanku Abdul Rahman 50100 Kuala Lumpur Tel 03-22027762
  • NO 2.4 , Plaza City One Jalan Munshi Abdullah Kuala Lumpur , Malaysia 
  • Lot G2, Lotus’s Station 18, Medan Stesen 19/9 , Jalan Pengkalan, Station 18, 31650 Ipoh, Perak
  • Lot F-01, Mydin Mall, Meru Raya PT 229412, Meru Raya , 30020 Ipoh, Perak, Malaysia.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

NYNAA HARIZAL

Nynaa Harizal Teroka Bisnes Kosmetik, Lancar Produk Lip Booster Jenama HER BEAUTY

Mis Claire Lancarkan Lebih Dari 30 Pilihan Baju Raya Untuk Wanita Plus Size