in

Tahniah! Faizul Juara Akademi Fantasia 2013

Bagai dijangka, peserta Faizul diumumkan sebagai juara program realiti Akademi Fantasia 2013 (AF2013) yang berlangsung di Stadium Negara, di sini pada malam Ahad.

Kemenangan itu membolehkan Faizul atau nama sebenarnya Mohd Faizul Sani membawa pulang hadiah utama wang tunai RM100,000, kontrak rakaman bernilai RM100,000 dan trofi sumbangan Astro yang disampaikan oleh pengilham, Datuk Siti Nurhaliza.

Pada pertandingan yang diadakan secara langsung menerusi saluran Astro Ria itu, Faizul menyanyikan lagu berjudul Hanyut, nyanyian Faizal Tahir dan sebuah lagu baharu, Sepasang Sayap.

Faizul Juara Akademi Fantasia 2013

Tempat kedua diungguli peserta duo Azhael iaitu Mohd Azhar Osman dan Hal Husaini Razmi yang membawa pulang wang tunai RM30,000 dan sebuah trofi sumbangan Astro.

Sementara, tempat ketiga dan keempat masing-masing dimenangi oleh Nadia Amira Othman atau Amira (menerima RM20,000 dan trofi) dan Siti Ruhailah Hussein atau Indah (menerima RM10,000 dan trofi).

Dua peserta lain yang beraksi pada pertandingan akhir AF 2013 ialah Aishah Aziz (Aishah) dan Nur Nabila Mohd Razali (Nabila).

Senarai pemenang diumumkan oleh pengacara Zizan Razak dan Hefni (pada akhir rancangan).

Selain juri tetap, Edry Abdul Halim dan Sharifah Amani, turut diundang sebagai pengkritik ialah Datuk Ramli MS.

Selain persembahan para peserta, Datuk Siti Nurhaliza turut memeriahkan program tersebut dengan muncul membuat persembahan.

Selepas dua tahun program AF dihentikan sementara, AF2013 diperkenalkan dengan konsep baharu dengan menampilkan tiga pengilham terkenal iaitu Faizal Tahir, Melly Goslow dan Datuk Siti Nurhaliza.

Tiga pengilham tersebut menyalurkan pengalaman mereka kepada pelajar-pelajar AF2013.

Tahniah! Faizul Juara Akademi Fantasia 2013

Juara Akademi Fantasia 2013 (AF2013), Faizul menyifatkan kejayaannya dalam program realiti itu dapat memenuhi hasratnya untuk membantu keluarga terutama sekali ibu dan bapanya yang sedang sakit.

Faizul atau nama sebenarnya Mohd Faizul Sani, 28, berkata, atas sebab itu selepas berpeluang menyertai AF2013, dia melaksanakan tugasnya dengan sebaik mungkin untuk memberi kepercayaan kepada orang ramai.

“Saya tahu, peluang masuk AF 2013 bukanya mudah, jadi saya anggap ia sebagai kerja yang menjadi tanggungjawab untuk dilaksanakan dengan sempurna.

“Memandangkan mak dan ayah saya sakit tetapi mereka masih lagi bekerja demi menampung kehidupan, maka misi saya adalah untuk menyenangkan mereka.”

Dalam AF2013 yang turut disiarkan secara langsung di Astro Ria itu, Faizul berjaya membawa pulang hadiah utama wang tunai RM100,000, kontrak rakaman bernilai RM100,000 dan trofi sumbangan Astro.

Tempat kedua diungguli peserta duo Azhael iaitu Mohd Azhar Osman dan Hal Husaini Razmi yang membawa pulang wang tunai RM30,000 dan sebuah trofi sumbangan Astro.

Sementara, tempat ketiga dan keempat masing-masing dimenangi oleh Nadia Amira Othman atau Amira (menerima RM20,000 dan trofi) dan Siti Ruhailah Hussein atau Indah (menerima RM10,000 dan trofi).

Tambah Faizul, ibunya, Shallena Langkab, 56, mengalami penyakit jangkitan paru-paru dan bekerja di sebuah bank manakala ayahnya pula, Sany Saliun, 61, baharu sahaja selesai menjalani pembedahan jantung, namun masih bekerja di ladang kelapa sawit selain menjaga kambing di kampungnya di Tawau, Sabah.

“Saya bercadang untuk memberikan seluruh wang kemenangan ini kepada ibu serta ayah saya dan terpulanglah pada mereka mahu buat apa dengan wang tersebut.

“Saya faham, keluarga kami memerlukan wang terutamanya apabila mak dan ayah sakit. Jadi inilah hadiah saya buat mereka. Memang niat saya daripada awal lagi, jika menang, ia akan diberikan kepada mereka,” ujarnya yang sebelum ini bekerja membantu keluarganya di kampung.

Sementara itu, Faizul juga berkata, dia sudah bersedia menempuh cabaran dan dugaan sebagai anak seni dan ingin menjadikan genre muzik pop rock sebagai imejnya.

“Walaupun pop rock, saya mahu lagu-lagu saya berada dalam kategori yang tersendiri dan ia memudahkan peminat mengenali bakat saya.

“Sebagai contoh seperti Faizal Tahir, dia memiliki keunikan tersendiri dalam membawakan sesebuah lagu,” tuturnya. – Sumber: Mstar Online

Faizul Juara Akademi Fantasia 2013

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Video Brosur TM Together With Bloggers

Icona Pop Live In KL