Tabiat ini merujuk kepada perbuatan mengambil gambar sendiri menggunakan telefon pintar sebelum dimuat naik di media sosial. Walau bagaimanapun, wujud satu kajian mengatakan perbuatan selfie ini berkait dengan masalah psikologi.
Orang suka selfie ni sebenarnya seorang yang sangat sunyi
Menurusi portal rasmi My Health Kementerian Kesihatan Malaysia, kajian menunjukkan individu yang suka melakukan selfie sebenarnya berada dalam tahap kesunyian dan juga kesepian. Selain itu, ia turut dikaitkan dengan tahap keyakinan individu berkenaan yang turut berada di paras rendah.
Sering gelisah bila muat naik gambar, tengok jumlah likes
Sebagai contoh, mereka yang memuat naik hasil selfie ke media sosial berlainan dan akan sentiasa memantau jumlah likes daripada netizen. Namun masalah boleh timbul apabila ada individu yang mula gelisah melihat posting mereka kurang mendapat sambutan menggalakkan daripada rakan-rakan atau netizen.
Boleh terdedah kepada modus operandi jenayah siber
Bagi penganalisis jenayah Encik Kamal Affendi Hashim pula, perbuatan itu bagaimana pun boleh memudaratkan diri. Ini kerana ia seperti membuka ruang kepada penjenayah untuk mendapatkan maklumat peribadi tanpa disedari.
Sumber: Facebook Era & Portal My Health Kementerian Kesihatan Malaysia