Budiey nak ucapkan tahniah kepada penyanyi dan Pemenang Masterchef Selebriti Musim Kedua, Syura yang telah mendaftar di UNITAR International University untuk melanjutkan pelajarannya dalam Diploma in Culinary Arts. Menurut sumber Instagram Syura Badron, beliau juga dilantik menjadi duta untuk kursus culinary UNITAR International University. Tahniah sekali lagi!
Syura, atau nama penuhnya Zuraidah Badron, 27, memulakan kerjayanya sebagai penyanyi pada umur 14 tahun dalam kategori Pop Etnik. Pada tahun 2007, Syura telah meraih anugerah Album Pop Etnik Terbaik di Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-14 menerusi album ‘Syahda Berdendang’, malahan album tersebut juga telah dicalonkan untuk kategori Album Terbaik pada AIM tahun yang sama.
Syura yang menyambung pengajiannya dalam Diploma in Culinary Arts telah membuktikan dia merupakan contoh terbaik dalam penguruskan masa mengimbangi antara kerjaya sebagai Chef selebriti, pelajaran dan bidang nyanyian. Keinginan Syura untuk kembali belajar terutamanya dalam bidang kulinari adalah untuk memperkukuh dan mengasah bakat beliau di dalam bidang ini. Bukan saja kembali hadir di kaca TV, Syura juga bakal muncul dengan 2 ‘single’ terbaru iaitu “Gantung”, lirik serta gubahan lagu oleh Edry KRU, dan“Ajari Aku Cinta” kolaborasi bersama Jojoe One Nation Emcees, diterbitkan oleh Awi Rafael dan AG Coco.
“Walaupun Syura sedikit menyepi daripada industri hiburan kerana menguruskan rumahtangga, industri hiburan tanah air ibarat isi dengan kuku dalam jiwa Syura. Tahun 2014 akan menyaksikan Syura kembali dengan lagu-lagu terbaru. Manakala untuk proses menaikkan nama Syura dalam bidang kulinari, Syura percaya dengan kredibiliti UNITAR International University sebagai institusi terbaik untuk menambahbaik ilmu kulinari Syura.”
Sheikh Fahmy Sheikh Mohamed, Pengarah Pakatan Strategik dan Komunikasi berkata:
“Kami gembira memilih Syura sebagai duta jenama kedua UNITAR selepas penyanyi, Najwa Latif. Kami juga terharu kerana pemenang pertandingan Masterchef Selebriti memilih untuk menimba ilmu kulinari di UNITAR di bawah Fakulti Hospitaliti dan Pengurusan Pelancongan. Hal ini sekaligus mampu mempromosikan serta menarik minat pelajar berpotensi untuk menyertai kami di kampus baru serba moden dan mesra alam di Kelana Jaya.”
UNITAR International University yang ditubuhkan pada tahun 1997, mempunyai populasi seramai 9,000 para pelajar di dalam 60 program akademik. Diantara fakulti-fakulti adalah Faculty of Business & Information Technology, Faculty of Education and Social Sciences, Faculty of Hospitality and Tourism Management, Faculty of Early Childhood Studies, Graduate School dan School of Foundation and General Studies.