Seorang lagi anggota One Nation Emcees, Kozae Murtaza ketika dihubungi berkata, ingatan Zydee juga semakin menunjukkan perkembangan positif berbanding beberapa hari lalu.
“Alhamdulillah, Zydee sudah menunjukkan perkembangan yang sangat baik. Saya baru saja menghubungi ibunya dan dia memaklumkan dihubungi Zydee dengan bantuan jururawat. Bagaimanapun, percakapannya masih lagi kurang jelas,”
– Kozae Murtaza
Kozae berkata, dia akan menziarahi sahabatnya itu sekiranya diberi keizinan.
“Insya-Allah, saya rancang untuk menziarahi dan melihat keadaannya. Terima kasih saya ucapkan kepada semua peminat dan rakan-rakan media yang mendoakan kesihatan Zydee,”
– Kozae Murtaza
Terdahulu, Harian Metro melaporkan Zydee mengadu sakit di bahagian kepala ketika makan malam bersama rakannya dan dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan.
Di hospital, dia dimaklumkan mengenai penyakit darah tingginya dan tidak lama selepas itu, dia diserang angin ahmar.
Kozae juga memaklumkan bahawa Zydee sebelum ini mempunyai sejarah penyakit asma yang kronik. Zydee kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Queen Elizabeth II, Kota Kinabalu, Sabah.
Sumber: Harian Metro