in , ,

Syomirizwa Gupta Lancarkan Koleksi Raya Dengan Tema THE AMPANG GIRLS

Dibintangi oleh sepuluh personaliti dari Ampang yang penuh bergaya, Syomirizwa Gupta tahun ini mempersembahkan koleksi Aidilfitri dengan tema ‘The Ampang Girls’.

Mengambil inspirasi daripada nostalgia lama dan juga situasi kini daerah Ampang yang begitu berkait rapat dengan sejarah Kuala Lumpur, koleksi tersebut gah dengan sepuluh rekaan terbaru terdiri daripada baju kurung tradisional dan moden, kebaya, rekaan kaftan yang begitu popular, baju Kedah dan beberapa ceraian yang boleh digayakan bersama item-item lain di dalam koleksi persendirian anda. Jenama yang amat dikenali dengan penggunaan warna serta corak terang, segar dan bersemangat ini terus mengekalkan elemen-elemen tersebut yang nyata amat sinonim dengan DNA Syomirizwa Gupta. 

Nama ‘Ampang’ berasal dari perkataan ‘empangan’ dalam Bahasa Malaysia. Pada tahun 1857, Raja Abdullah, seorang wakil dari Kesultanan Selangor, telah membuka Lembah Klang sebagai pusat perlombongan bijih timah di mana pelombong Cina telah meneroka kawasan ini melalui hutan belantara dan mendapati bahawa daerah Ampang mempunyai prospek yang amat cerah.

Syomirizwa Gupta Lancarkan Koleksi Raya Dengan Tema THE AMPANG GIRLS

Ternyata industri perlombongan amat berjaya di daerah tersebut justeru menjadi penyumbang utama kepada pembangunan Kuala Lumpur. Daerah itu dinamakan Ampang merujuk kepada empangan para pelombong yang mula berpusu-pusu mendiaminya. 

“Saya amat meminati sejarah dan faktor ini seringkali menjadi inspirasi buat saya dalam rekaan koleksi-koleksi yang terdahulu. Daripada bangunan kolonial post-war yang membarisi Ampang Road, gabungan terawal cara kehidupan di antara golongan ekspatriat dan penduduk asal di Kuala Lumpur, Selangor Turf Club yang merupakan lokasi perlumbaan kuda yang suatu masa dahulu merupakan mercu tanda yang amat dikenali di Ampang sehinggalah kelab-kelab hiburan ikonik yang menjadi sebutan seperti Tin Mine yang begitu popular di kalangan selebriti dan hiburan tanah air sekitar tahun 1980an. Selain itu, siapa yang dapat melupakan kesesakan trafik yang tiada akhirnya di Jalan Ampang, bangunan-bangunan kedutaan, pusat membeli-belah Ampang Park yang mendahului zamannya, kelazatan Yong Tau Fu Ampang yang dikenali seantero dunia, dan yang paling saya minati – bangunan Rubber Research Institute berkonsep art-deco yang direka oleh Arthur Oakley Coltman pada tahun 1936; kesemuanya begitu rapat dengan hati dan memori seluruh rakyat Malaysia. Jika diteliti terdapat satu transisi yang ketara daripada corak geometrik ke floral dan padanan warna. Ini adalah diantara jiwa daerah Ampang yang ingin saya tampilkan di dalam koleksi ‘The Ampang Girls’ ini,”, kata Syomir, sebagai pemilik dan Pengarah Kreatif jenama Syomirizwa Gupta. 

Syomirizwa Gupta Lancarkan Koleksi Raya Dengan Tema THE AMPANG GIRLS

Bagi kempen ini, Syomir dan pasukan kreatifnya telah memilih teliti sepuluh personaliti yang pada mereka mewakili semangat Ampang, dan merupakan jelitawan-jelitawan yang kini sememangnya bermastautin di Ampang. Sharifah Ervinna, Natasha Ozier, Iman Moy, Mizar Hamzah, Raja Hazlyn, Datin Eileen Unwin, Emma, Azalea aka Cho; dan adik-beradik iaitu Mawar dan Melati Proehoeman ditampilkan dalam sesi fotografi penuh glamour hasil karya jurugambar fesyen tanahair yang begitu terkenal iaitu, Bibo Aswan.

Syomirizwa Gupta Lancarkan Koleksi Raya Dengan Tema THE AMPANG GIRLS

“Mereka merupakan wanita-wanita pilihan kami yang kesemuanya mempunyai latar belakang yang berbeza. Namun mereka mempunyai satu persamaan yang ketara iaitu naluri fesyen yang sangat hebat lantas menjadikan penampilan mereka sentiasa istimewa. Oleh kerana kekangan pergerakan, kami telah menjalankan sesi penggambaran ini di apartmen saya di Keramat, tidak jauh dari Ampang. Perancangan ini amat sempurna sekali kerana ia bertepatan dengan pesanan ‘duduk di rumah’ oleh pihak kerajaan. Namun ini tidak patut dijadikan halangan untuk kelihatan bergaya dan elegan untuk menyambut perayaan Aidilfitri di rumah bersama keluarga dan sahabat handai. Untuk koleksi ini, saya menggunakan fabrik seperti crepe blend, kain kapas dan rayon sutera. Fabrik-fabrik ini bukan sahaja selesa dan menyejukkan, malah ia memudahkan pergerakan”, jelas Syomir lebih lanjut. 

Syomirizwa Gupta Lancarkan Koleksi Raya Dengan Tema THE AMPANG GIRLS

Dengan harga bermula dari RM290 dan saiz dari S ke XL, baju Raya dari koleksi ini sememangnya direka untuk wanita segala musim. Ia adalah terhad dan tempahan boleh dilakukan bermula 5 Mac 2021 secara eksklusif di laman sesawang www.syomirizwagupta.com

“Koleksi ini saya cipta untuk semua wanita. ‘The Ampang Girls’ adalah satu penghargaan dari kami kepada cinta dan kehidupan. Ia melambangkan sinar positiviti yang manusia perlukan untuk menempuh pelbagai cabaran hidup dan muncul sebagai pemenang. Ini juga adalah kualiti yang simbolik kepada cabaran umat Islam di bulan Ramadhan dan sambutan kemenangan di bulan Syawal. Samada dari segi peribadi, perniagaan, mental dan emosi, kita semua berada di dalam situasi yang penuh tanda tanya dan saya ingin menekankan peri pentingnya ketabahan untuk menempuh hari-hari yang mendatang. Jadi, apa salahnya kita lakukan semua ini dengan gaya yang hebat agar keyakinan kita lebih terserlah?” tegas Syomir sambil tersenyum. 

Ikuti perkembangan terkini Syomirizwa Gupta dengan mengikuti profil  Instagram dan Facebook dengan nama yang sama. Untuk keterangan lanjut, sila lawati www.syomirizwagupta.com

Syomirizwa Gupta Lancarkan Koleksi Raya Dengan Tema THE AMPANG GIRLS
Syomirizwa Gupta Lancarkan Koleksi Raya Dengan Tema THE AMPANG GIRLS
Syomirizwa Gupta Lancarkan Koleksi Raya Dengan Tema THE AMPANG GIRLS
Syomirizwa Gupta Lancarkan Koleksi Raya Dengan Tema THE AMPANG GIRLS

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Empat Generasi Baru Bergabung Hasilkan Lagu MASA, Ajak Anak Muda Hargai Usia Muda

Haiza Lega Dapat Rakam Lagu MANTAN ISTERIMU, Rungkai Kisah Perempuan Gila Talak