in

Syawal Spring 2013 Raya Collection dari Buttonmybuttons

[dropcap]B[/dropcap]uttonMyButtons yang diasaskan oleh Shahida Shariff merupakan salah satu daripada Jenama fesyen terkenal di Malaysia, beliau adalah Pengasas Baju Kurung Moden yang terkenal dengan Bow. Rekaan ini memiliki bentuk pemotongan yang unik dan tidak mudah ditiru ini, telah dikenali dengan rekaan yang menyeronokkan, ceria, pelik, genit dan bergaya. Bersesuaian dengan majlis fesyen dari ButtonMyButtons, yang akan diadakan pada 20 Jun 2013, petang Khamis (2pm-6pm), yang memaparkan gabungan corak bunga yang dicetak pada baju, bunga 3D, warna pastel dengan gaya Vintaj yang dipotong dengan sentuhan ButtonMyButtons Signature BOW dan fesyen yang unik ini bersesuaian dengan tema Syawal Spring.

Acara ini akan diadakan di Garden Terrace Café @ The Curve, satu tempat yang menarik, selesa bagi tetamu untuk menghirup minuman sejuk sambil menikmati persembahan yang berlatar belakangkan gaya feminin.

Koleksi yang dipertengahkan adalah bunga terang dan fabrik musim bunga dengan gaya yang sopan. Reka bentuk vintaj yang diilhamkan dari ButtonMyButtons terdiri daripada pakaian retro dengan skirt yang cantik, silhouettes, dan corak yang menyeronokan dengan gaya tersendiri. Rekaan retro sebegini memberikan keanggunan yang berciri klasik kepada mana-mana wanita moden hari ini untuk menambahkan koleksi pakaian mereka.

Dengan kehadiran artis tempatan seperti Faezah Elai, Wan Sharmila, Sari Yanti, Neelofa, Memey Suhaiza, Anis Al-Idrus, Ainul Aisyah dan ramai lagi. Acara ini bertujuan untuk mempamerkan reka bentuk untuk Hari Raya 2013 yang terbaru di samping memperkenalkan jenama ButtonMyButtons Signature.

Untuk maklumat lanjut kepada mereka yang ingin menambahkan koleksi reka bentuk yang asli untuk almari pakaian mereka boleh melawat Butik ButtonMyButtons yang terletak di SS15/8B, Seksyen 15, Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan atau membeli secara online di laman sesawang www.buttonmybuttons.com

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Swedish Maths Quiz App Sensation To Launch In Asia

Achey Juara Bintang Mencari Bintang