Pelakon Syatilla Melvin berkongsi berita kehamilannya yang ke enam di laman sosial Instagram (IG).
Selain mengucapkan rasa syukur dengan rezeki diberikan itu, Syatilla turut memohon orang ramai mendoakan agar kandungannya kali ini bertahan sehingga 9 bulan.
Sam juga turut memberitahu isterinya hamil tiga minggu anak ketiga dan dijangka bersalin pada Mei tahun depan. Sam yang memuat naik foto bersama isteri memegang kit ujian kehamilan.
“Produk terbaharu akan datang! Setelah RND (research and development) lebih tiga minggu. Dijangka bakal dilancarkan pada bulan Mei tahun depan,”
– Shaheizy Sam
Bagaimanapun Syatilla sempat berseloroh apabila memberitahu dia tidak sempat untuk memasang alat perancang keluarga IUCD. (IUCD adalah salah satu cara yang amat berkesan dalam mencegah kehamilan).
“Kali ke 6…Syukur Alhamdulillah…Baru plan nak pakai iud tau tak!! Rezeki allah nak bagi…Hari-hari duk mintak Allah murah rezeki, murah sungguh-sungguh Allah bagi.
Syatilla berkata kehamilan ini merupakan salah satu rezeki paling berharga yang diberikan oleh Allah SWT kepada mereka.
“Doakan kandungan bertahan sampai cukup 9 bulan,” tulisnya di ruangan kapsyen yang disertai tanda pagar #lakirajin
– Syatilla Melvin
Sementara itu pengikut dan rakan artis mula membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah dan mendoakan agar impian Syatilla dan Shaheizy Sam memiliki anak ketiga terlaksana.
Syatilla sebelum ini pernah beberapa kali mengalami keguguran, namun reda impian untuk memiliki cahaya mata ketiga belum tercapai.
Sekitar April lalu, Syatilla mendedahkan dia mengalami keguguran kali ketiga ketika kandungan berusia lapan minggu. Kata Syatilla, dia mengetahui perkara tersebut ketika membuat pemeriksaan degupan jantung di sebuah klinik.
Pelakon drama ‘Sha & Shah’ ini juga mendedahkan dia pernah dua kali mengalami keguguran sebelum melahirkan anak pertama dan kedua.
Untuk makluman, Sam mendirikan rumah tangga dengan Syatilla atau nama sebenar Siti Nur Syatilla Amirol Melvin pada 8 Februari 2016. Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy, 4, dan Sarima Samheizy yang kini berusia setahun.