Menerusi kenyataan yang dikeluarkan syarikat rakaman, Universal Music Malaysia hari ini, pengunduran Syasya atau nama sebenarnya, Noor Syasya Afiqah Shahrizal, 23, adalah atas sebab peribadi.
Pengarah Urusan Universal Music Malaysia, Kim Lim berkata, mereka menghormati keputusan Syasya dan mendoakan yang terbaik buat dirinya.
“Walaupun berat hati menerima keputusan Syasya, kami tetap menghormati pendiriannya dan sentiasa mengharapkan yang terbaik buat Syasya,”
– Kim Lim
Sementara itu, tiga anggota Dolla iaitu Angel, Sabronzo dan Tabby tetap akan meneruskan perjuangan seni meskipun tanpa kkehadiran sahabat mereka itu.
“Sudah tentu kami berasa sedih dengan keputusan ini, tapi kami sudah sepakat akan memberikan sokongan penuh kepada Syasya walau apa juga berlaku,”
– Tabby
Bagi Sabronzo, mereka tetap akan memberikan komitmen penuh untuk menjayakan segala perancangan sebagai satu kumpulan.
Baru-baru ini, Dolla dipilih untuk mewakili Malaysia dalam satu program baharu di China berjudul Show It All yang menampilkan Lay Zhang, ahli kumpulan EXO sebagai penerbit eksekutif.
Dolla ditubuhkan pada 2019 mula mencuri perhatian peminat muzik tempatan dengan single pertama, DOLLA Make You Wanna yang dilancarkan pada 2020.
Sehingga kini, pemenang trofi Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35 itu sudah mengeluarkan enam single solo, termasuk Impikan, BAD, dan satu album penuh berjudul New Classic pada November 2023.