in , ,

Syarikat Luar Negara Tawar AirAsia RM4.1 Bilion, Dengan Syarat Beri Data Pelanggan

Semenjak penularan wabak Covid-19 berlaku pada awal tahun ini, industri penerbangan seolah-olah lumpuh apabila mereka tidak lagi mampu beroperasi seperti biasa. Lebih menyedihkan, ramai pekerja di dalam industri ini terpaksa diberhentikan secara besar-besaran untuk mengurangkan kos perbelanjaan.

Umum tahu sejak pandemik COVID-19 melanda, syarikat penerbangan antara yang mengalami kesukaran untuk melangsungkan operasi secara skala besar sekaligus membuatkan syarikat ini terpaksa menaggung kos kerugian yang besar.

Melihatkan keadaan ini, sebuah syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat telah menawarkan pinjaman bernilai 1 Bilion US Dolar (RM4.1 Bilion) kepada AirAsia, dengan syarat melalui pertukaran aset digital. Berita ini didedahkan sendiri oleh CEO AirAsia Group Bhd Tan Sri Tony Fernandes baru-baru ini.

airasia

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan nama syarikat kepada pihak media. Dengan purata 50 juta pengunjung unik pada setiap bulan selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), AirAsia kini sedang dalam perancangan mahu membangunkan ‘Super Apps’ yang dijangka mampu memberi saingan kepada para pesaing.

Sambung beliau lagi, aplikasi AirAsia dijangka akan menawarkan 15 servis dan produk yang berlainan, seperti yang sedang dilakukan oleh aplikasi Grab dan Gojek. ‘Super App’ ini dijangka akan menawarkan pelbagai servis seperti penerbangan, tempahan hotel, penghantaran makanan dan pembelian secara atas talian.

“Kini, semua orang boleh terbang, beli-belah, makan dan banyak lagi dalam aplikasi AirAsia yang baru. Ia akan menawarkan pelbagai kemudahan kepada semua orang,”

CEO airasia.com Karen Chan.

Untuk rekod, Tan Sri Tony Fernandes telah menolak tawaran pinjaman bernilai RM4.1 Bilion ini kerana mahu menjaga privasi data peribadi pelanggan.

airasia

Untuk pengetahuan, ini bukanlah pertama kali Tan Sri Tony Fernandes meluahkan minat beliau dalam bisnes melibatkan fintech serta pasaran digital. Semuanya dijalankan sebagai salah satu strategi AirAsia untuk kekal kompetitif melihatkan industri penerbangan yang tenat buat seketika waktu ini.

Mengulas mengenai tawaran yang diterima, Tan Sri Tony Fernandes memaklumkan tawaran bernilai $1 bilion ini terpaksa ditolak dalam menjaga kepentingan serta privasi pelanggan AirAsia sejak mulai beroperasi.

*Sumber: The Vocket

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Shah Iskandar Timang Cahaya Mata Sulung

Pusat Beli-Belah 1 Utama Dan Kelab Golf Tropicana Diarah Tutup Mulai 11 Oktober 2020