in , ,

Syarikat Bumiputera MADDUNA Perkenal Tiga Produk Madu Asli Dari Mesir 

Tawar Hadiah RM1,000 Kepada Rakyat Malaysia

JF Best Solution Sdn Bhd memperkenalkan tiga produk madu utama di bawah jenama Madduna iaitu madu asli, madu sitrus dan madu habatussauda. 

Kesemua produk keluaran ini merupakan madu berkualiti tinggi yang berasal dari Mesir. 

Madu diakui antara makanan paling berkhasiat dari alam semula jadi yang mengandungi sumber antioksidan baik untuk kesihatan. 

Syarikat Bumiputera Madduna Perkenal Madu Asli Dari Mesir

Justeru Madduna merupakan pilihan terbaik kepada semua lapisan masyarakat di Malaysia dengan menawarkan harga yang mampu milik dan wajib dimiliki oleh setiap keluarga. 

Menurut pengasas Madduna, Jadwa Abu Bakar atau mesra disapa Puan Jard,48, berkata, Madduna merupakan syarikat tempatan yang optimis memperkenalkan pelbagai pilihan madu yang diimport dari Mesir. 

“Madduna ditubuhkan sekitar 2022, tapi mula diperkenalkan kepada umum sekitar Ogos 2023. Sejak kecil lagi saya sering diajar oleh ibu bapa untuk mengamalkan madu kerana khasiatnya cukup luar biasa. 

“Antara kebaikan madu asli keluaran Madduna adalah dapat membantu masalah perut kembung, cirit-birit, sembelit, kekejangan dan ulser. 

“Selain itu, rangkaian produk Madduna dapat mengurangkan tekanan darah tinggi, meningkatkan daya ingatan, merawat masalah kulit dan anti penuaan, mengurangkan kebimbangan melampau (anxiety), kemurungan dan sakit kepala serta madu 

Madduna mengandungi fosfat, zat besi, vitamin dan antioksidan yang dipanggil “pinocerin” yang hanya terdapat dalam madu,”

– Jadwa Abu Bakar
Syarikat Bumiputera Madduna Perkenal Madu Asli Dari Mesir

Menurut Puan Jard, dia berharap Madduna akan mendapat tempat di hati orang ramai sebagai makanan tambahan wajib harian setiap rumah. 

“Kami nak bantu rakyat Malaysia mengamalkan madu dari kecil supaya kita boleh hidup dengan gaya yang lebih sihat selain mengelakkan diri dijangkiti virus kerana dunia sekarang terlalu banyak penyakit dan penting untuk kita tingkatkan imuniti badan dengan Madduna. 

“Sebagai permulaan target Madduna adalah untuk menjual 10,000 kotak sebulan dan kami sedang membuka peluang kepada mana-mana individu yang ingin menjana pendapatan lumayan untuk sertai pasukan Madduna sebagai ejen dan stokis sah. 

“Produk Madduna terbukti asli dan berkualiti tinggi. Malah kami juga sudah mendapat pengiktirafan sijil dari Kementerian Kesihatan Mesir dan disahkan halal,”

– Jadwa Abu Bakar

Sebagai permulaan untuk menembusi pasaran di seluruh negara, Madduna ingin mengajak orang ramai untuk menyertai peraduan video selfie #BeeMaddunaBeHealthy yang menawarkan hadiah utama RM1,000 di platform Instagram. 

Selain itu, lima pemenang saguhati akan mendapat set madu Madduna bernilai RM250 setiap seorang. 

Syarat peraduan adalah seperti berikut: 

  • Beli sebarang produk madu Madduna serendah RM15
  • Selfie video secara kreatif bersama madu Madduna pilihan anda ketika beriadah, menari, memasak, bersukan, atau apa sahaja aktiviti kegemaran anda)
  • Tag @maddunaofficial bersama #BeeMaddunaBeHealthy di akaun Instagram anda. 

Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web rasmi Madduna di https://madduna.com atau ikuti Instagram Madduna di @maddunaofficial. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“Ini Kali Terakhir Saya Jawab Isu Melibatkan Dia,” – Anna Jobling

AINA ABDUL

Konsert A Night With Aina Abdul 3.0 Sasar 10,000 Penonton di Axiata Arena