Menurut selebriti berusia 48 tahun itu, dia terkejut apabila ditawarkan dengan bayaran sedemikian jika dibandingkan dengan pengalamannya sebagai seorang pelakon senior.
“Pihak produksi ada menefon saya dan menawarkan ‘job’ lakonan sebanyak dua episod dan apabila saya bertanya kepadanya berapa bayaran yang mereka tawarkan dan mereka menjawab hanya RM500.
“Pada awalnya saya menyangkakan RM500 untuk satu episod tetapi sebenarnya dua, kemudian saya sarankan mereka untuk cari pelakon lain,” katanya.
Tambah pemilik nama Syanie Hisham itu, dia menolak tawaran berkenaan bukan kerana dia sombong atau berlagak diva.
Jelasnya, dia penolakan itu dilakukan atas alasan pengalamannya yang sudah lama terlibat dalam bidang lakonan yang diceburi sejak berusia 17 tahun.
“Saya bukan sombong, malah gembira ditawarkan peluang untuk berlakon, namun biarlah bayaran itu berpatutan.
“Saya sudah lama berlakon dan tidak kisah untuk menerima tawaran sekiranya bayarannya berbaloi,”ujarnya.