Sebelum ini kami ada melaporkan yang pengarah sensasi, Syamsul Yusof beri bayangan akan ada berita baik mengenai kemelut rumah tangga bersama isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana.
Terkini! Kemelut rumah tangga mereka akhirnya berakhir apabila pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur sebentar tadi.
Syamsul telah melafazkan cerai talak satu pada jam 12.25 tengahari tadi di hadapan hakim selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan Puteri Sarah mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
“Alhamdulillah, selesai semuanya dan saya gembira,” demikian kenyataan pelakon Puteri Sarah Liyana
Hakim Syarie Akmallluddin kemudian mensabitkan berlaku perceraian dan memerintahkan Puteri Sarah untuk menjalani tempoh edah selama tiga bulan dan mendaftarkan perceraian mereka.
Sebelum melafazkan cerai tadi, Sarah sempat cium tangan Syamsul buat kali terakhir sebagai suami isteri dan kedua-dua mereka nampak sangat tenang.
Lafaz cerai dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Akmalluddin Ilyas selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai difailkan Puteri Sarah mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
Puteri Sarah berkata, dia bersyukur semuanya berakhir dengan baik selepas mengadakan perundingan, semalam.
“Alhamdulillah, semuanya selesai. Semalam, kami berjumpa dan selesaikan semuanya dengan lebih terperinci,” katanya kepada BH Online.
Mengulas perasaannya, Puteri Sarah atau nama sebenarnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin berkata, sukar mahu menggambarkan perasaannya.
“Saya tidak tahu nak rasa apa. Biarlah saya seorang sahaja yang tahu apa yang dirasa. Saya sudah ‘move on’ dan kami sudah bersalaman tadi,” katanya yang kini dalam tempoh edah selama tiga bulan.
Mengulas hak penjagaan dua anaknya, Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4, Puteri Sarah berkata, dia tidak menetapkan syarat untuk Syamsul bertemu mereka.
“Tiada had, Syamsul boleh datang bila-bila masa. Kalau nak datang meluangkan masa dengan anak-anak, boleh sahaja.
“Meskipun saya peroleh hak penjagaan anak, Syamsul boleh nak datang bila-bila masa.
“Dan Syamsul wajib datang ke majlis berkaitan anak seperti hari sukan, sambut ulang tahun dan graduasi,” katanya.
Puteri Sarah kelihatan tenang juga mengharapkan hubungan baik antaranya dan Syamsul dapat dikekalkan demi kebaikan anak-anak.
“Saya berharap tiada lagi persengketaan dan kami berbaik seperti dijanjikan.
“Sambut Aidilfitri pun macam biasa, kami akan sambut bersama keluarga. Saya tetap berbaik dengan keluarga mentua, masih pergi ke rumah mereka dan tidur di sana,” katanya.
Bagaimanapun, ketika ditanya mengenai isteri kedua Syamsul, Ira Kazar, Puteri Sarah enggan mengulas lanjut sama ada dari segi pertemuan dan kes saman terhadap Ira.
“Tiada komen. Mengenai kes dengan Ira, saya tak boleh dedahkan lebih lanjut,” katanya yang turut memberikan bayangan semuanya sudah selesai.
Pada 25 Mei lalu, Mahkamah Rendah Syariah, di sini, dimaklumkan tiada ruang untuk Syamsul dan Puteri Sarah untuk berdamai dalam kemelut rumah tangga mereka.
Ini kerana Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang dibentangkan di mahkamah mengesahkan berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan) dan kewujudan pihak ketiga.
Dalam prosiding hari ini, Puteri Sarah diwakili peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader manakala Syamsul diwakili peguam syarie Azmi Mohd. Rais.
Syamsul dan Puteri Sarah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 6, dan Summayah, 4.