in

Syamsul Yusof Mahu Berhenti Jadi Pengarah Filem

Kerana terlalu kecewa dengan filem KL Gangster 2 bocor di internet akibat disabotaj, Syamsul Yusof khabarnya mahu berhenti menjadi pengarah filem. Luahan ini telah disuarakan kepada bapanya Datuk Yusof Haslam pada malam prebiu filem yang lalu. Ini satu kerugian yang besar sebab Syamsul sangat berbakat dalam bidang mengarah filem ni.

“Dia kecewa sangat. Dia kata, dia tak boleh terima apa yang berlaku ni. Saya faham perasaan dia. Sebagai anak muda tentunya dia sukar berdepan dengan situasi begini. Sebab itu hari ni dia tak boleh datang. Sebelum saya ke sini tadi, saya ada katakan pada dia supaya cekalkan hati. Saya akan terus menyokong dia walau apa pun yang berlaku.

“Tapi yang saya risau, dia kata dia nak tarik diri daripada industri filem. Dia dah tak mahu mengarah lagi. Syamsul ni jenis degil, kalau dia kata dia nak buat sesuatu tu, dia akan buat. Ini yang cukup membimbangkan saya.

“Sebenarnya saya juga jadi tak keruan gara-gara isu filem ini disabotaj. Tapi saya yang berusia 60 tahun ni kena tunjukkan yang saya kuat semangat di hadapan dia yang baru berusia 29 tahun. Iyalah, budak muda ni kadang-kadang mereka ni tak cekal.”

Yusof juga memaklumkan Syamsul tidak dapat hadir pada majlis tersebut kerana masih lagi dalam keadaan tertekan.

Pada petang 28 Ogos lalu, dunia filem tempatan dikejutkan dengan berita filem yang ditunggu-tunggu oleh peminat itu dikatakan telah tersebar di Internet dan boleh dimuat naik secara percuma.

Tambah pemilik empayar pengeluar filem, Skop Production ini lagi, sekiranya anaknya itu tetap dengan keputusan mahu mengundur daripada dunia bikinan filem ia merupakan satu kehilangan besar pada industri perfileman tanah air. Apatah lagi Syamsul sebelum ni pernah mencipta beberapa rekod kejayaannya sebagai pengarah muda berpotensi tinggi.

“Jika dia betul-betul tarik diri, sudah pasti ia satu kehilangan besar industri perfileman tanah air. Ramai yang datang kepada saya dan memberitahu bahwa saya bertuah mempunyai anak seperti Syamsul yang dapat meneruskan legasi empayar perniagaan saya. Selama ini saya bangga dengan dia.

“Saya harap dengan sokongan para penonton terhadap sambutan filem ini di pawagam, dapat mengembalikan semula semangatnya. Saya harap dia tak silap perhitungan dan tak putus asa. Saya ada pujuk dia, saya katakan pada dia yang saya akan berjuang habis-habisan. Malah adiknya Syafiq pun cuba memujuk dia agar jangan undur diri.” – Sumber: MalaysianDigest

Semoga Syamsul Yusof bersabar dan kembali mengarah.

Syamsul Yusof 3

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nora Danish Jawab Isu Foto Romantis Bersama Nadem

Ujibakat Program Realiti The Band Astro