in , ,

Syamsul Yusof Belum Sedia Bawa Anak-Anak Jumpa Isteri Kedua Ira Kazar

Pengarah sensasi, Syamsul Yusof berkata dia belum bersedia untuk membawa kedua-dua anaknya, Syaikhul dan Sumayyah untuk berjumpa isteri keduanya, Ira Kazar.

Syamsul berkata bukan masa yang sesuai untuk pertemukan anak-anaknya dengan Ira apatah lagi dengan situasi berlaku antaranya dengan Puteri Sarah.

“Ketika ini masanya tidak sesuai kerana banyak hati yang perlu dijaga. Dengan keadaan sekarang ini saya perlu jaga sensitiviti.

“Saya perlu betulkan apa yang berkecamuk dengan isteri pertama (Puteri Sarah) ni dulu, rasa macam tak manis pula, kan,” katanya.

Syamsul Yusof Belum Sedia Bawa Anak-Anak Jumpa Ira Kazar

Sementara itu, Syamsul berkata dia tidak mahu menipu kedua-dua anaknya serta tiada masalah untuk perkenalkan Ira sebagai isteri keduanya.

Dalam pada itu, Syamsul memaklmkan dia tidak dihalang oleh Puteri Sarah untuk bertemu anak-anak mereka dan boleh berjumpa bila-bila masa sahaja.

“Alhamdulillah, apabila bercerita pasal anak saya dengan Puteri Sarah tak ada masalah. Saya nak berjumpa dia tak halang dan kerjasama memang okey.

“Cuma mula-mula tu pernah ada sekejap (dihalang), tetapi masa tu mungkin dia tengah dalam keadaan emosi,” katanya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AWESOME TV

Variasi Program Istimewa Yang Menarik Sepanjang Ramadan di Awesome TV 

Netizen Kagum Dengan Mizz Nina Tak Buka Aib Bekas Suaminya Noh Salleh