Memetik Harian Metro, Syamsul bagaimanapun menghormati proses tersebut meskipun ianya dibuat secara berasingan sehingga menyukarkannya untuk mencari jalan pendamaian.
Menurut Syamsul lagi, dia berharap Puteri Sarah menerima poligami serta mahu berbincang mengenai giliran bermalam bersama isteri-isterinya.
“Saya mahu Sarah menerima poligami ini. Saya ingin berbincang dalam seminggu berapa hari kami boleh berjumpa. Kalau dia tidak mahu, saya tetap ingin berbincang.
“Saya sangka dapat bersemuka dengan dia tadi tapi proses JKP bukan sebegitu. Jadi saya agak kecewa namun hanya ikut proses mahkamah dan mampu buat yang terbaik,”katanya.
Kata Syamsul lagi, berpisah bukan satu keputusan yang mudah kerana banyak faktor lain yang perlu difikirkan seperti hak penjagaan anak dan nafkah.
“Orang selalu cakap kenapa saya enggan menceraikan Sarah. Pertama sekali, kami adalah pasangan suami isteri dan lebih tahu urusan rumah tangga dan hal dalam kain.
“Perceraian bukan hal yang mudah untuk dilakukan. Hakikatnya ramai orang yang mengalami masalah besar selepas bercerai seperti tuntutan hak penjagaan anak, nafkah dan macam-macam lagi,” katanya.
Dalam pada itu, Syamsul memberitahu dia akan mempertimbangkan permintaan isterinya itu untuk dilepaskan jika Puteri Sarah bersemuka dengannya.