Syamsul Yusof mendakwa Puteri Sarah sebenarnya risau dengan tuntutan berkenaan terdapat bukti aktres itu mempunyai hubungan dengan seorang lelaki berstatus suami orang sejak di awal perkahwinan mereka lagi.
Disebabkan itu juga, Puteri Sarah hanya bersetuju untuk bertemu dengannya dan berbincang dan bersungguh-sungguh mahu dia menarik kembali tuntutan nusyuz yang dibuat.
Syamsul membuat pendedahan itu menerusi hantaran di Instagram miliknya pada pagi Jumaat.
Kenyataan itu susulan Puteri Sarah mengeluarkan kenyataan tertawa membaca 44 muka surat tuntutan nusyuz dibuat terhadapnya.
Wanita itu juga mendakwa mempunyai bukti video dan gambar tidak senonoh Syamsul dan isteri keduanya, Ira Kazar sebelum mereka berkahwin.
Dalam pada itu, Syamsul mendakwa ketika pertemuan mereka sebelum ini, Puteri Sarah turut mengaku mempunyai hubungan dengan lelaki lain malah berpesan untuk tidak mendedahkan kep orang lain.
Syamsul juga mempertikaikan tindakan Puteri Sarah mengugut untuk menyebarkan video tidak senonoh dirinya apabila kemajuan dia tidak dituruti.
Sementara itu, Syamsul turut mempertikaikan tindakan Puteri Sarah menyelesaikan masalah mereka dengan menggunakan anak-anak dan ibu bapanya.
Kata Syamsul, masalah di antara mereka boleh diselesaikan secara baik tapi isterinya itu memilih mengaibkan dirinya dan keluarga dan mentua dengan berpura-pura di depan media dan netizen demi meraih simpati masyarakat.
Dakwa Syamsul lagiibu bapa Puteri Sarah juga pening dan tidak bersetuju dengan caranya menyelesaikan masalah mereka dan disebabkan itu mentuanya mendiamkan diri.
Malah kata Syamsul, bapa mentuanya juga sering menasihatinya agar terus bersabar.
“Qada dan qadar. Terimalah takdir suami kamu telah berkahwin Sarah, janganlah berdendam kesumat hingga ke tahap ini. Ia akan makan diri dan anak-anak kita.
Menjadi fitnah masyarakat. Kamu tak terima poligami tak apa, kita berpisah cara baik. Bukan dengan cara ugut suami dan canang di sosial media berpura-pura konon kamu isteri solehah yang dianiaya.
“Jadi fikirlah tentang masa depan anak-anak kita dengan berpisah cara baik dan aman. Demi anak- anak kita. Saya adalah ayah pada anak-anak kita walau apapun dan begitu juga kamu ibu pada mereka,”
– Syamsul Yusof
Untuk rekod, Syamsul dan Puteri Sarah bernikah pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6 dan Sumayyah 5 tahun Syamsul pada 6 Januari lalu, Syamsul membuat kejutan mengumumkan dia sudah bernikah dua dengan Ira Kazar di Thailand.