Bagaimanapun, Syamel menafikan ia disebabkan jangkitan Covid-19. Syamel berkongsi kebimbangan itu dan meminta doa semua menerusi Instagram Stories.
“Harap peminat dapat doakan kesihatan ibu saya agar dia cepat sembuh. Sudah tiga minggu dia sudah dimasukkan ke hospital dan ibu terpaksa ditidurkan oleh doktor sejak seminggu lalu. Memang sekarang ibu bergantung sepenuhnya pada alat bantuan pernafasan. Kami pun tak tahu apa punca ibu boleh jatuh sakit sampai paras oksigen dia boleh menurun begitu sekali. “
“Ini kali pertama ibu masuk wad sepanjang hidupnya kerana masalah kesihatan. Dia tak menghidap sebarang penyakit serius lain,”
“Puncanya pun kami tak tahu apa. Selama ini, dia tidak pernah mengalami masalah kesihatan yang serius dan ini pertama kali dia dimasukkan wad sepanjang hidupnya,”
Menurut Syamel, ibunya kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah pusat perubatan di ibu kota. Terdahulu, Syamel berkongsikan luahannya di InstaStory memohon doa daripada orang ramai untuk ibunda tercinta.
“Minta jasa baik anda yang mengenali saya secara langsung mahupun tidak, untuk terus mendoakan yang baik-baik untuk ibu saya yang masih berada dalam ICU. Semoga Allah perkenankan doa-doa kita buat syurgaku yang tercinta,”
Suami kepada penyanyi dan pelakon Ernie Zakri itu berkata sehingga kini dia tidak dapat melawat ibunya berikutan terikat dengan prosedur operasi standard (SOP) hospital.
“Pihak hospital memang tidak benarkan ahli keluarga melawat lebih-lebih lagi dalam keadaan Covid-19 sekarang. Doktor nasihatkan ibu terpaksa ditidurkan sebab orang dah berusia memang apabila dia bergerak sedikit pun dah banyak pakai oksigen.
“Doktor cakap kalau dia dah boleh bernafas sendiri dalam 40 peratus pun dah okay dah… harap semua dapat doakan ibu saya kembali sihat seperti sedia kala,”
Sama-sama kita doakan semoga ibu Syamel kembali sihat.