in

Syameel Juara SuERA 2015

Program pencarian bakat SuERA tiba ke penghujungnya apabila Syameel Aqmal dinobatkan sebagai juara menewaskan 4 peserta lain dalam pertandingan akhir yang diadakan di pusat membeli-belah Nu Sentral, Sabtu lalu. Syameel yang mendapat bimbingan Ewal selaku tenaga pengajar SuERA menampilkan nyanyian mantap menerusi lagu Potret yang dipopularkan Akim & The Majistret. Bukan sahaja membawa pulang RM 10, 000, beliau juga bakal membuat persembahan di Konsert Akademi Fantasia 2015.

Syameel Juara SuERA 2015

Naib juara disandang peserta bimbingan Daiyan Trisha, Syazmie Suhaimi yang memberikan interpretasi tersendiri lagu Matahari nyanyian asal Hafiz. Mohammad Arriff Fardillah (Team Firman) yang mengalunkan lagu Dahsyat pula menduduki tempat ketiga.

Mereka berdua masing-masing membawa pulang wang tunai RM 5 000 dan RM 3 000 berserta hadiah iringan. Mohd Yushairi Mat Yusoff (Team Dina) dan Natasha Nordin (Team Aman) pula berpuas hati di tempat keempat dan kelima. Kesemua pemenang tempat kedua hingga tempat kelima juga diberikan kelebihan istimewa ‘Express Lane’ bagi menghadiri ujibakat Akademi Fantasia 2015.

Berdasarkan sambutan luar biasa yang diterima pihak penganjur, terdapat kemungkinan pertandingan pencarian bakat serupa bakal diadakan lagi kelak. Menurut Nazri Noran, pengurus saluran ERA, radio nombor satu Malaysia itu komited untuk terus mencari bakat-bakat baru yang boleh ditampilkan ke dalam industri penyiaran Malaysia.

“ SuERA berjaya menarik lebih daripada 2600 penyertaan dan akhirnya 5 finalis terbaik dibawa ke pentas akhir hari ini dengan bakat mereka diadili juri-juri professional. Juara yang dipilih hari ini sememangnya layak untuk menang. Kami masih dalam perbincangan untuk mengadakan program pencarian bakat yang sama dengan kandungan yang lebih hebat dan lebih besar melibatkan produksi TV tetapi semua ini masih dalam perancangan “, ulas Nazri.

Raih RM 10, 000, bakal beraksi di pentas Akademi Fantasia

Sebelum ini, ERA pernah menganjurkan program pencarian bakat JoHaRa dan inisitiatif radio berbahasa Melayu ini dalam mengenengahkan bakat berasaskan suara akan diteruskan. Pentas akhir SuERA diadili tiga juri professional terdiri daripada pengacara nombor satu negara, Datuk Aznil Haji Nawawi, pemuzik prolifik, Edrie Abdul Hashim dan juga Cikgu Shahrol, yang merupakan tenaga pengajar vokal Akademi Fantasia 2015.

Pentas akhir SuERA petang itu diserikan dengan kehadiran barisan penyampai ERA seperti trio Johan, Hanif dan Ray serta pengendali segmen SATE@ERA, Tauke dan Adi. Turut bersama memeriahkan acara adalah dua ahli keluarga ERA yang baru iaitu Radin dan Hani yang bertindak selaku pengacara majlis.

Walaupun dalam keadaan hujan lebat, pengunjung tidak berganjak memberikan sokongan terhadap acara ini. Skuad ERAvengers turut hadir memberikan cenderahati menarik buat pendengar radio ERA yang sudah mula memenuhi perkarangan Nu Sentral sejak jam 3 petang lagi. Pentas akhir SuERA juga turut menyaksikan telatah Daiyan Trisha yang ‘didera’ menerusi segmen Karen Karaoke ERA. Daiyan terpilih mewakili kesemua tenaga pengajar SuERA selepas mendapat undian tertinggi di laman sesawang radio tersebut.

FINALIS TENAGA SUERA
SYAMEEL AQMAL EWAL
MOHAMMAD ARRIFF FARDILLAH B. MOHD ROSLI FIRMAN
NATASHA NORDIN AMAN
SYAZMIE SUHAIMI DAIYAN TRISHA
MOHD YUSHAIRI BIN MAT YUSOFF DINA

Syameel Juara SuERA 2015

Syameel Juara SuERA 2015

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sekitar Pra Tayangan Ambipur FAST & FURIOUS 7 Limited Edition

Infinite Challenge Unveils its Sixth Man