Pada hari ini, disiarkan secara eksklusif di Portal Gempak, memberitakan tentang Syafie Naswip bakal meminang kekasihnya, Aishah Azman. Dalam kata lain, pasangan ini akan bertunang pada bulan April ini.
Setelah tiga tahun mengenal hati budi, sudah tiba masanya untuk pelakon lelaki itu untuk bergerak ke depan memulakan fasa baru dalam hubungan percintaan dan memulakan kehidupan baru sebagai suami tidak lama lagi.
Tidak ada gossip panas mahupun cerita buruk, percintaan mereka berdua sememangnya mendapat restu kedua-dua belah keluarga. Baguslah kalau macam tu.
“Sejak setahun yang lalu kami semakin rapat apabila berlakon bersama dalam drama rantaian Waliuddin 2 Ringgit,”
“Yang penting, keluarga merestui hubungan kami. Itu yang penting.
“Kami merancang untuk mengikat tali pertunangan pada bulan April ini, tapi tarikhnya biarlah saya simpan dulu,”
– Syafie Naswip
Menurut Syafie lagi, apabila semuanya sudah diatur dengan baik, dia akan mengumumkan tarikh pertunangannya nanti.
Ditanya lama mana tempoh pertunangan dan bila pula mereka bakal bernikah, Syafie tersenyum.
“Biarlah satu-satu dahulu, tapi tempoh pertunangan saya rasa tidaklah terlalu lama,” kata Syafie seolah memberi gambaran tentang perjalanan mereka ke jenjang pelamin.
“Saya tak akan merahsiakan perkara yang baik kerana kami ke arah ‘membina masjid’,”
– Syafie Naswip
Syafie berharap peminat-peminat akan mendoakan kebahagiaan beliau dan Aishah.
Sama-sama kita doakan semoga Syafie Naswip dan Aishah selamat disatukan dan segala perancangan berjalan dengan lancar.
Sumber: Portal Gempak