in , ,

Syada Amzah Nadi Ibu Failkan Perceraian di Mahkamah 3 April Lalu

Penyanyi, Syada Amzah menafikan kehadiran ibunya, Fauziah Sarman ke Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi pada 3 April lalu untuk memfailkan perceraian terhadap suaminya, ND Lala. 

Syada yang juga adik kepada penyanyi, Shila Amzah ketika ditemui memohon orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi dan memberi ruang kepada mereka sekeluarga untuk menyelesaikan secara dalaman terlebih dahulu. 

“Tidak semestinya apa yang orang sangkakan itu benar. Kehadiran ibu saya ketika itu bukan bertujuan untuk menfailkan penceraian. Malah, saya sendiri sudah melihat surat yang dibawa pulang oleh ibu.
“Kes ini masih belum selesai, seperti saya katakan beri ruang kepada kami untuk mencari solusi bagi kemelut ini. Malah, kami sendiri belum mengetahui apa yang bakal berlaku pada masa akan datang.
“Setahu sejak dari tarikh 3 April lalu sehingga ke hari ini, ibu tidak menfailkan perceraian,”

– Syada Amzah
Syada Amzah Nadi Ibu Failkan Perceraian di Mahkamah Pada 3 April Lalu

Syada bagaimanapun enggan memperincikan tujuan ibunya ke mahkamah baru-baru ini.

Sebelum ini, ND Lala dikaitkan dengan dakwaan kononnya berkahwin baharu dengan wanita yang jauh lebih muda daripada isterinya.

Sumber: Harian Metro

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sering Dilagakan Dengan Siti Nurhaliza, Padahal Aina Abdul Baik-Baik Sahaja

HARRY PORTER

Siri Televisyen Harry Potter Akhirnya Telah Umum Secara Rasmi