in , ,

Suunto Perkenal Aqua Light: Headphones ‘Bone Conduction’ Yang Kalis Air

Nikmati Pengalaman Audio Yang Luar Biasa Di Mana Sahaja Anda Berada—Dari Trek Larian Ke Dasar Laut—Dengan Suunto Aqua Light, Fon Kepala Ringan, Kalis Air Dan Dilengkapi Teknologi Canggih Untuk Mereka Yang Aktif

Bagi korang yang kaki sukan, kaki outdoor atau peminat aktiviti ekstrem, berita baik! Suunto, jenama terkenal dari Finland yang memang tak asing lagi dalam dunia teknologi sukan, kini melancarkan satu lagi produk hebat mereka — Suunto Aqua Light, sepasang fon kepala jenis ‘bone conduction’ yang kalis air, ringan, dan dilengkapi pelbagai ciri canggih yang direka khusus untuk kegunaan di darat mahupun dalam air.

Ringan, Lasak Dan Versatil – Sesuai Untuk Semua Jenis Aktiviti

Apa yang menarik tentang Suunto Aqua Light ini ialah rekaan dia yang sangat ringan — hanya 33 gram sahaja, jadi memang tak terasa bila pakai. Bukan itu je, bentuknya nipis dan kemas, jadi tak akan ganggu pergerakan walaupun tengah buat aktiviti lasak macam berlari, berkayak, berenang, atau hiking.

Fon kepala ini juga kalis air tahap tinggi (IP68), boleh tahan selam sampai 2 meter selama 2 jam. Jadi, tak kisah la kalau korang nak bawak dia masuk kolam, laut atau hujan lebat sekalipun, memang steady. Tambahan pula, bateri dia boleh tahan sehingga 10 jam penggunaan, dan kalau korang terdesak, 10 minit caj pun dah cukup untuk guna selama 3 jam. Memang sesuai sangat untuk mereka yang tak suka terganggu masa beraktiviti.

Suunto Perkenal Aqua Light: Headphones ‘Bone Conduction’ Yang Kalis Air

Audio Berkualiti Tinggi Di Darat Dan Dalam Air

Fon kepala ni memang lain dari biasa sebab dia gunakan teknologi bone conduction — bunyi dihantar terus ke tulang pipi, bukan ke telinga. Jadi telinga korang bebas untuk dengar bunyi persekitaran. Ini sangat penting kalau korang tengah jogging dekat jalan raya atau berbasikal di tempat sibuk – lebih selamat dan sedar dengan keadaan sekeliling.

Kalau dalam air pula, teknologi ni lagi power sebab bunyi tak terjejas walaupun dikelilingi air. Suara kekal jelas, tak macam fon kepala biasa yang mudah tenggelam bunyinya bila dah masuk air. Memang sesuai untuk korang yang suka berenang sambil dengar muzik atau podcast.

Simpan Sampai 8,000 Lagu Dalam Fon Kepala!

Satu lagi kelebihan Aqua Light ni, dia ada memori dalaman 32GB — boleh simpan hingga 8,000 lagu, audiobook, atau podcast kegemaran korang. Tak perlu risau pasal sambungan Bluetooth bila dalam air sebab fon kepala ni boleh main MP3 secara offline. Korang boleh preload lagu dari platform seperti Amazon, Apple Music, dan audiobookstore.com, dan kendalikan semuanya guna aplikasi Suunto yang turut dah ditambah baik dengan fungsi pengurusan muzik.

Fon kepala ni juga boleh sambung Bluetooth 5.4 untuk penggunaan harian di darat. Maksudnya, satu fon kepala, dua fungsi hebat — memang jimat dan praktikal!

Rekaan Tahan Lasak Dengan Ciri-Ciri Canggih

Untuk korang yang suka beraktiviti lasak, jangan risau, Aqua Light ni dibina dengan bahan silikon dan titanium alloy yang tahan karat dan mampu bertahan dalam suhu -20°C hingga 60°C. Fon kepala ni juga ada sistem pembatalan bunyi bising (ENC) dengan dua mikrofon, jadi walaupun korang tengah buat aktiviti lasak, panggilan telefon atau rakaman suara tetap jelas.

Ciri-Ciri Utama Suunto Aqua Light:

  • Berat ultra-ringan hanya 33 gram
  • Teknologi bone conduction untuk dengar dengan telinga terbuka
  • Kalis air IP68, selam hingga 2 meter selama 2 jam
  • Bateri 10 jam; caj penuh dalam 1 jam, caj pantas 10 minit untuk 3 jam
  • Bluetooth 5.4 & storan dalaman 32GB untuk main muzik dalam air
  • ENC dengan sistem mikrofon berkembar
  • Dibina dari silikon dan titanium alloy, tahan lasak & suhu ekstrem
Suunto Perkenal Aqua Light: Headphones ‘Bone Conduction’ Yang Kalis Air

Harga Berpatutan, Dua Warna Menarik

Kalau korang tengah mencari fon kepala yang boleh teman korang dalam apa jua aktiviti, dari berbasikal, berenang, hiking sampai la jogging, Suunto Aqua Light memang pilihan terbaik. Ia dijual pada harga RM699 sahaja, dan korang boleh pilih antara dua warna menarik — Tidal Black dan Reef Blue.

Fon kepala ni akan mula dijual 21 Mac 2025 di:

  • TikTok Shop
  • Shopee Official Store
  • Lazada Flagship Store

Nak beli secara fizikal? Korang boleh dapatkannya di kedai seperti:

  • Solar Time
  • Y Sandal
  • LM Sport
  • Syscom
  • Micronation
  • One Cycling
    Dan banyak lagi lokasi runcit lain yang boleh korang rujuk di Instagram rasmi Suunto Malaysia.

Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan produk, korang boleh hubungi: [email protected]

Sedikit Tentang Jenama Suunto

Jenama Suunto ni dah wujud sejak tahun 1936, diasaskan oleh seorang pencipta dari Finland bernama Tuomas Vohlonen. Beliau mencipta kompas medan pertama yang lebih tepat, tahan lasak, dan stabil, dan sejak itu Suunto terus jadi peneraju dalam teknologi navigasi dan sukan. Dari komputer menyelam pertama di dunia sampai ke jam GPS moden, Suunto sentiasa jadi peneman setia untuk pencinta aktiviti lasak dan eksplorasi seluruh dunia.

Apa Kata Budiey?

Secara jujurnya, Budiey rasa Suunto Aqua Light ini memang satu produk yang unik dan berbaloi dimiliki, terutama bagi korang yang aktif dan suka mencuba aktiviti pelbagai cuaca dan lokasi. Dengan gabungan teknologi bone conduction, ketahanan tinggi, dan kemudahan simpanan muzik, ia memang direka khusus untuk gaya hidup moden dan lasak.

Sebagai cadangan, mungkin Suunto boleh tampil dengan variasi warna atau aksesori tambahan untuk memberikan lebih pilihan kepada pengguna, terutama yang gemar bergaya walaupun sedang beraktiviti.

Apa pun, kalau korang sedang mencari fon kepala yang boleh bawa korang dari darat ke laut tanpa masalah, Suunto Aqua Light patut ada dalam senarai wajib beli korang tahun ini!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

ASUS ROG Phone 9 FE Kini Rasmi Di Malaysia Dengan Harga Mampu Milik