Tampil menyanyikan lagu Writing’s On The Wall dendangan asal Sam Smith, persembahan penyanyi asal Singapura, Hazrul Nizam turut mendapat pujian melangit daripada Syafinaz sehingga membuatkan guru vokal itu naik ke atas pentas.
Syafinaz turut memberikan pujian terhadap nyanyian Hazrul dengan menyifatkan persembahan pada konsert minggu kesembilan adalah yang terbaik penyanyi itu setakat ini.
“Daripada segi nyanyian, persembahan awak pada minggu ini (kesembilan) adalah yang terbaik berbanding minggu-minggu sebelumnya,”
– Datuk Syafinaz
“Boleh tak tukar baju tu? Sebab secara visual, anda memerlukan lebih bantuan. Setiap minggu, saya tengok kadang-kadang okey, kebanyakan masanya tidak begitu menarik.
“Anda perlu usahakan busana yang lebih menarik. Sebab anda adalah seorang lelaki yang tampan dan menawan,”
– Datuk Syafinaz
Terdahulu, pada konsert minggu kelapan, pakaian yang digayakan Hazrul ditegur tidak menarik sewaktu menyampaikan lagu Widuri oleh Bob Tutupoly.