Di Instagram, Sweet memuat naik kembali video tersebut dengan menyatakan perasaan ter.kejut dan ma.rahnya. Ujar pelakon genit ini, dia merupakan salah seorang peminat makanan Jepun itu dan sering membeli daripada cawangan berkenaan.
Foto – @sweetqismina (Instagram)
“@sushikingmalaysia, apa ni? Saya adalah peminat sushi ye. @sushikingmalaysia, saya pun kadang-kadang ada beli makanan daripada kedai awak melalui Grab. Ini tidak lawak!”, tulis Sweet sambil meletakkan emoji tahan mun.tah.
“Sangat Tak Bertanggungjawab!”- Sweet
Yang membuatkan pelakon ini menjadi lebih ma.rah, francais terbabit telah menyekat akaun wanita berkenaan daripada menyebut nama akaun media sosialnya. Sweet mengklasifikasikan tindakan ini sebagai tidak bertanggungjawab dan profesional.
Foto – Twitter
“Dan awak sekat individu yang tag awak? Sangat TAK BERTANGGUNGJAWAB”, ujar Sweet.
Sekadar info, seorang pengguna yang dikenali sebagai @ShaffiPotter di Twitter telah memuat naik video seorang wanita yang merakam beberapa ekor lipas di makanannya setelah berada di salah satu francais Sushi King.
“Hi guys, semalam saya ada muat naik video dari TikTok mengenai seorang wanita ini pergi ke Sushi King dan ada lipas di makanannya. Kemudian saya tag Sushi King di IG. Apa yang mereka lakukan? Mereka telah menyekat akaun saya. Perkhidmatan pelanggan sangat te.ruk!”
Bagaimanapun, ciapan @ShaffiPotter mengenai insiden itu telah dipadam dan Sushi King juga mengeluarkan kenyataan memohon maaf.
Sumber: Murai