Raisuddin Hamzah, bapa kepada arwah Siti Sarah, dengan gembiranya mengakui kebahagiaan menantunya, Shuib, setelah melangsungkan perkahwinan dengan Watie Hanifiah.
Memetik mStar Online, Raisuddin berkongsikan selepas arwah anaknya tiada Shuib tiada selera makan dan tidak sanggup melihat keadaan menantunya itu.
“Setahun lebih arwah (Sarah) tiada… Shuib tak boleh makan, tak tidur. Kita sanggup ke tengok dia macam tu?
“Bukan benda pelik kalau kahwin selepas kematian pasangan sebab setiap orang itu ketentuannya berbeza.
“Saya beritahu Shuib kalau dah ada (pengganti) cakap sahaja, biar saya yang pinang. Saya dah anggap dia macam anak saya sendiri, jadi kalau dah anak kenapa saya nak sedih apabila dia nak kahwin,” katanya.
Ditanya mengenai hubungan mereka selepas menantunya itu berkahwin dengan Watie, Raisuddin berkata mereka tetap seperti satu keluarga yang tidak boleh dipisahkan.
“Dia begini, Watie tak ada bapak, saya ada Makder, ibu Sarah dah meninggal dah dulu. Kami masih satu keluarga yang tidak boleh dipisahkan. Kasih sayang kita tidak diperuntukkan dalam masa tertentu.
“Shuib beranggapan saya macam bapa sendiri. Apa yang dia tak betul saya akan cakap, kita saling menghormati macam mula-mula dulu,” katanya.
Dalam pada itu, Raisuddin menyifatkan susah untuk mencari wanita seperti Watie, malah katanya lagi usahawan itu seorang yang hati dan berfikiran terbuka.
“Sebenarnya susah nak cari orang macam dia. Dia hati dia terbuka, fikiran dia terbuka. Dia tu pengganti dan Shuib masih lagi sibuk yang itu, tapi dia okay. Itu satu bab yang special pasal Watie,” katanya.