Sentiasa komited dalam memberikan selektif program yang segar dan menarik kepada pendengar, stesen radio Suria FM kini kembali dengan program Suria Duo X yang bakal menemui pendengar menerusi platform digital bermula pada 11 September ini.
Suria Duo X merupakan sebuah program digital yang menggabungkan penyanyi lama dan penyanyi baru seperti Aina Abdul, Siti Sarah, Ezad Lazim, Ara Johari, Azlan & The Typewriter dan Syamel di atas satu pentas di mana mereka akan menyanyikan lagu popular pasangan masing-masing dan lagu duet yang diubah gubahan muziknya.
Boleh ditonton secara langsung di Facebook Suria FM dan Youtube Suria TV, peminat boleh menyaksikan persembahan artis kegemaran mereka setiap minggu dan juga rebut peluang memenangi sebahagian wang tunai berjumlah RM10,000 serta peluang menyanyi bersama kumpulan pilihan mereka di pentas Finale Suria Duo X pada 9 Oktober ini.
Peluang terbuka kepada orang ramai dengan hanya merakam ‘cover’ lagu duet kumpulan pilihan dan muat naik di Instagram masing-masing. Peserta juga perlu tag @suriamalaysia dan #suriamalaysia #SuriaDuoX dan #namakumpulanpilihan. Nama kumpulan nanti akan dipaparkan ketika mereka membuat persembahan.
Orang ramai yang ingin menyertai kumpulan Suria Duo X ini boleh mendapatkan lagu duet Suria Duo X selepas persembahan setiap minggu di laman web suria.my.
Saksikan episod pertama Suria Duo X pada 11 September ini jam 9.00 malam di Facebook Suria FM dan Youtube Suria TV dengan gandingan artis yang pertama, Syamel dan Siti Sarah.
Pengurus Kanan Suria, Cik Roslinda Abdul Majid atau DJ Lin, berkata program digital ini merupakan salah satu initiatif Suria dalam mencapai pendengar lama dan baru untuk kekal mendengarkan Suria sebagai salah satu radio pilihan hati mereka.
“Suria sinonim dengan penganjuran Jelajah Suria sebagai tanda terima kasih atas sokongan pendengar. Namun disebabkan penularan wabak Covid-19, program Suria Duo X ini merupakan pendekatan terbaik bagi menghiburkan pendengar dan peminat Suria.
Walau tidak dapat bertemu dua mata dengan penyampai Suria tahun ini, diharapkan pendengar setia dan peminat Suria dapat terus memberikan sokongan kepada Suria dengan mendengarkan Suria dan menonton program-program digital terbitan Suria di media sosial Suria Malaysia, Youtube Suria TV dan laman web Suria.my,”
– DJ Lin
Untuk maklumat lanjut, layari laman web Suria www.suria.my atau ikuti media sosial Suria Malaysia.