in ,

Suria FM Umumkan Pemenang Kempen Suria FM Senyum & Menang

PENGUMUMAN PEMENANG: KEMPEN SURIA FM SENYUM & MENANG RM 18,000 BERSAMA TUAH ZOQARNAIN DAN ZIZI”

Kempen ‘Suria FM Senyum & Menang RM 18, 000 bersama Tuah Zoqarnain dan Zizi’ yang berakhir hari ini (10hb Julai) menyaksikan peserta dari Labu, Negeri Sembilan, Azariah Bt Ahmad, dinobatkan sebagai juara oleh pendengar Suria fm, menerusi undian secara online di www.suriafm.com.my sekaligus merangkul wang tunai RM 10 ribu. Manakala perserta dari Damansara Damai, Kuala Lumpur, Faizah bt Kasim meraih tempat kedua berjaya membawa pulang RM 5 ribu.

Bermula 6hb Jun (isnin) lalu, 5 gambar kreatif terpilih telah dipaparkan di www.suriafm.com.my dan proses undian secara on-line dibuka kepada pendengar Suria fm. Setiap hari, 1 gambar yang mendapat undian terendah telah dikeluarkan.

Kemuncak kempen ini adalah pada pagi 10hb Julai (Jumaat), yang mana 2 pemilik gambar kreatif yang mendapat undian tertinggi telah di bawa ke studio Suria Fm untuk bersama crew Breakfast@Suria, Tuah dan Zizi.

Kempen yang berlangsung sejak sebulan lalu ternyata mendapat sambutan memberangsangkan daripada pendengar dan sepanjang sebulan kempen ini berlangsung, pihak kami telah menerima lebih dari 4 ribu penyertaan daripada seluruh Negara.

Lagu Berduit Suria FM di WANGikan oleh Onedrop Perfumes

Pendengar berpeluang memenangi sebahagian daripada RM 75 ribu ringgit menerusi Lagu Berduit Suria FM diWANGikan oleh onedrop Perfumes. Peraduan yang amat mudah ini akan bermula pada 20hb Julai ini (Isnin) akan berlangsung sehingga 16hb Ogos (Ahad).

Setiap hari, 1 lagu akan dipilih sebagai Lagu berduit. Sebaik saja mendengarkan ia diputarkan  sepenuhnya di Suria Fm, pendengar hanya perlu sms dengan menaip, Suria<jarak> LB hantar ke 33511. Talian sms akan dibuka selama 20 minit sebaik sahaja ‘lagu Berduit’ dikeudarakan.

Selepas talian sms ditutup, penyampai Suria Fm akan menghubungi salah seorang pengirim sms dan dia perlu menjawab panggilan dalam masa 5 saat  kemudian memberikan tajuk lagu bagi ‘lagu berduit’ yang baru dikeudarakan.

Paling mudah, pendengar harus dengarkan breakfast@suria bersama Tuah & Zizi,jam 8.00 pagi setiap hari untuk mengetahui apakah lagu berduit yang telah dipilih untuk hari itu.

Keterangan lanjut, layari www.suriafm.com.my

SURIA FM TAMPILKAN KELAINAN DENGAN
“50 MNIIT MUZIK TERBAIK TANPA HENTI”
 

Taruhan konsep 40 minit muzik terbaik tanpa henti yang telah diperkenalkan oleh Suria fm ternyata berkesan menarik minat pendengar. Ini berdasarkan peningkatan jumlah pendengar yang ketara pada kaji selidik yang lalu dan hasil daripada maklum balas positif menerusi kajian yang telah dijalankan dan sebagai memenuhi permintaan pendengar yang inginkan lebih muzik, bermula 7hb Julai, (selasa),  Suria Fm telah memperkenalkan konsep “50 minit muzik terbaik tanpa henti” bermula 10 pagi – 10 malam setiap hari.

Ia sebagai tanda penghargaan kepada pendengar yang banyak menyokong stesen radio yang terkenal dengan tagline Muzik Terbaik Tanpa Henti ini selain memenuhi kepuasan pendengar dengan berpeluang mendengarkan putaran muzik terbaik lebih banyak..

Selain itu, bermula Isnin ( 13hb Julai), pendengar turut disajikan dengan “105 minit Maraton Muzik” bermula 9.00 pagi – 10.45 pagi setiap Isnin – Jumaat. Yang mana, menerusi segmen khas ini, pasti menjanjikan lebih kepuasan dengan putaran muzik terbaik selama 1 jam 45 minit. Pendengar turut berpeluang berinteraksi bersama penyampai bertugas menerusi panggilan telefon atau melalui sms.

Keterangan lanjut, layari www.suriafm.com.my

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gossip Penyanyi Wanita Ada Skandal Ketika Masih Jadi Isteri

Drama Puteri Aurora Beradu