in ,

Suria FM Tour Temui Peminat di Seluruh Semenanjung Malaysia

Suria FM, Menceriakan Duniamu. Slogan itu sahaja sudah menggambarkan matlamat Suria FM dalam menceriakan hari-hari pendengar-pendengar di seluruh negara.

Demi merapatkan lagi hubungan antara penyampai-penyampai Suria FM dan pendengar setia mereka, Suria FM menganjurkan mini siri jelajah yang akan menemui pendengar-pendengar di sekitar semenanjung Malaysia.

Suria FM Tour Temui Peminat Di Seluruh Semenanjung Malaysia

Suria FM Tour Temui Peminat Di Seluruh Semenanjung Malaysia

[pullquote align=”right”]Suria FM Tour telahpun memulakan siri jelajah mereka ke AEON Mall Bukit Raja, Klang pada 6 Ogos yang lepas.[/pullquote]

Minggu ini, Suria FM Tour menemui peminat dan pendengar di bahagian Utara pula. Bertempat di Aman Sentral Mall, Alor Setar, Kedah pada 13 Ogos, pengunjung bukan sahaja dapat bertemu dan beramah mesra bersama penyampai-penyampai Suria FM malah mereka turut disajikan dengan persembahan daripada barisan artis lama dan baharu.

Malah, pengunjung juga berpeluang memenangi hadiah wang tunai dan barangan eksklusif Suria FM melalui pelbagai aktiviti dan permainan pentas yang disediakan. Bukan itu sahaja, mereka juga berpeluang mendapatkan tanda tangan selebriti-selebriti ini pada sesi tanda tangan di akhir acara.




Siri jelajah ini dianjurkan sebagai tanda penghargaan kepada pendengar-pendengar setia di seluruh negeri atas sokongan tanpa henti terhadap Suria FM. Siri jelajah ini diharapkan dapat merapatkan hubungan antara pendengar dan penyampai-penyampai Suria FM sekaligus meluaskan sasaran pendengar di seluruh negara.

“Kami tidak menjangkakan Suria FM Tour di Klang akan mendapat sambutan yang begitu menggalakkan. Ini membuktikan bahawa Suria FM masih mempunyai peminat dan pendengar setia. Terima kasih pada mereka yang hadir dan kami mengharapkan lebih ramai pendengar yang akan hadir di lokasi-lokasi Suria FM Tour seterusnya.” kata Subarma bin Mohtaruddin, Pengurus Besar Program Suria FM.

Selepas Kedah, Suria FM Tour dijadualkan akan ke IOI Mall Putrajaya pada 20 Ogos, AEON Mall Kota Bahru, Kelantan pada 27 Ogos dan Kluang Mall, Johor pada 3 September akan datang.

Untuk mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini, pendengar boleh melayari laman sesawang Suria FM di www.suriafm.com.my serta laman sosial Facebook, Instagram & Twitter SuriaFMMalaysia. Gunakan #SuriaFMTour untuk sebarang interaksi berkaitan jelajah ini di laman sosial.

Ikuti Suria FM di frekuensi berikut:- 105.3 FM Lembah Klang | 106.9 FM Perlis, Kedah, Pulau Pinang | 91.7 FM Taiping | 96.0 FM Ipoh | 102.4 FM Kuala Terengganu | 106.1 FM Kota Bahru | 96.1 FM Kuantan | 88.5 FM Melaka, Johor Utara | 107.0 FM Seremban | 101.4 FM Johor Bahru | 105.9 FM Kota Kinabalu

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lirik Lagu DIRGAHAYU Faizal Tahir & Dato’ Siti Nurhaliza

Telekom Malaysia Berhad Lancar WEBE Guna Data Tanpa Had