Sesi rakaman Suria Jam musim kedua yang berlangsung pada 25 November yang lepas di Mydin MITC Melaka mendapat sambutan hangat daripada peminat-peminat setia Suria dengan kehadiran penyanyi popular Hazama dan Amy Mastura. Malah, penyampai Suria, DJ Lin dan Abang Brian yang turut hadir sebagai pengacara memeriahkan lagi sesi rakaman tersebut.
MYDIN MITC MELAKA Meriah Dengan Kehadiran Hazama Dan Amy Mastura Untuk Sesi Rakaman Suria Jam Musim Kedua
Ketika sesi rakaman Suria Jam 2 ini, Hazama dan Amy Mastura sempat berjenaka bersama pengunjung yang hadir. Malah, kedua-kedua bintang popular ini bersama penyampai radio Suria turut meluangkan masa beramah mesra dan bergambar bersama peminat di hujung acara.
Suria Jam merupakan salah satu program original Suria kelolaan Ahmad Shaifullizam atau GBam dimana peminat dapat menyaksikan dan merasai sendiri pengalaman menonton artis kegemaran mereka berbusking berkonsepkan konsert terbuka yang lebih personal dan persembahan artis turut diiringi kumpulan muzik professional.
Bermula pada 14 Oktober yang lepas, Suria Jam yang menyaksikan persembahan hebat daripada penyanyi terkenal seperti Black, Tomok, Siti Sarah, Mark Adam, Haqiem Rusli, Nastia dan Cassidy berjaya meraih lebih setengah juta penonton dan hampir 200,000 jangkauan penonton di Facebook.
“Jika pada musim pertama, Suria Jam mampu meraih hampir setengah juta penonton dan hampir 100,000 jangkauan penonton di laman digital Suria, kami telah berjaya melepasi tahap tersebut ketika ini. Malah, penerimaan dan kunjungan peminat-peminat setia Suria dan Suria Jam turut meningkat dari lokasi ke lokasi. Ternyata konsep yang diketengahkan ini berjaya memberikan pengalaman baru buat peminat sama ada secara langsung atau atas talian dan menarik lebih ramai penonton dan peminat untuk menyaksikan program-program lain yang dihasilkan oleh Suria.” kata Ketua Kandungan Kreatif, Digital dan Pengurusan Penjenamaan Suria FM, Ahmad Shaifullizam atau GBam.
Lokasi sesi rakaman Suria Jam musim kedua ditaja oleh Mydin, sebuah pusat membeli-belah terkemuka tanah air. Sebanyak 6 lokasi Mydin telah dipilih untuk sesi rakaman Suria Jam di sekitar Malaysia. Mydin Pelangi Indah, Johor, Mydin Senawang dan Mydin Pulau Sebang Melaka adalah antara lokasi Mydin yang terpilih untuk sesi rakaman Suria Jam musim kedua.
Sesi rakaman Suria Jam yang berikutnya pula akan mengambil tempat di Mydin Meru, Ipoh pada 9 Disember nanti dan bakal menampilkan persembahan daripada penyanyi Zarul Husin dan Syamel. Mereka akan mempersembahkan seleksi lagu-lagu popular dan juga ‘cover song’ pilihan mereka mengikut gaya mereka yang tersendiri.
Orang ramai yang berada di sekitar ataupun di kawasan berdekatan lokasi-lokasi Mydin terpilih boleh hadir ke sesi rakaman Suria Jam musim kedua yang akan bermula pada jam 4 petang. Temui barisan-barisan artis kegemaran dan penyampai radio Suria di lokasi sesi rakaman Suria Jam seperti tarikh yang tertera.
14 Okt 2017 Mydin Pelangi Indah,Johor Tomok & Black 19 Okt 2017
28 Okt 2017 Mydin Senawang Mark Adam & Siti Sarah 2 Nov 2017
5 Nov 2017 Mydin Pulau Sebang Haqiem Rusli, Nastia & Cassidy 9 Nov 2017
25 Nov 2017 Mydin MITC, Melaka Hazama & Amy Mastura 30 Nov 2017
9 Dis 2017 Mydin Meru Ipoh Zarul Husin & Syamel 14 Dis 2017
23 Dis 2017 Mydin Bukit Mertajam Drama Band & Tam Spider 28 Dis 2017
Suria Jam musim pertama telah pun bersiaran pada pertengahan bulan Januari yang lalu menampilkan barisan penyanyi popular seperti Akim & The Majistret, Siti Nordiana, Forteen, De’fam, Amelina, Azaharina, Khai Bahar, Haqiem Rusli, Ameng (Spring) dan Hafiz Hamidun.
Bagi mereka yang terlepas, video persembahan Suria jam boleh ditonton menerusi laman web www.suria.my.
Gunakan #SuriaJam untuk sebarang interaksi berkaitan program ini di laman sosial.
Dapatkan maklumat dan perkembangan terkini berkenaan Suria di laman web Suria dan juga laman sosial Facebook, Instagram & Twitter SuriaFMMalaysia.