Stesen radio, Suria FM buat pertama kalinya menduduki ranking ke-30 dalam senarai Penarafan Bulanan Metrik Penstriman Digital Triton Secara Global oleh Triton Digital.
Pengurus Besar Suria FM, Roslina Abdul Majid atau DJ Lin berkata, pengiktirafan ini bukan sekadar pencapaian, tetapi juga menjadi motivasi untuk stesen itu terus berkembang.
Suria FM berjaya mencatat 10,771 ‘average active sessions’ (AAS), 2.6 juta ‘session starts’ (SS), dan 1.18 ‘average time spent listening’ (ATSL) pada setiap Isnin hingga Jumaat jam 6 pagi hingga 8 malam.
Manakala setiap Isnin hingga Ahad dari jam 6 pagi hingga 12 tengah malam pula, berjaya meraih sebanyak 7,963 AAS, 4.4 juta SS, dan 1.01 ATSL.