in

Suria FM Jawap Isu Tuduhan Penipu & Peniru

Pada hari Jumaat lepas, dalam sibuk-sibuk tu, Budiey sempat juga menghadirkan diri di Majlis Kesyukuran dan Sidang Media Pencapaian Terbaru Suria FM yang diadakan di Restoran Puteri, Sungai Penchala.

Selain penyampai Suria FM, majlis ini tentunya dihadiri oleh orang besar Suria FM iaitu Ketua Pegawai Penyiaran Kumpulan Star Radio, C.K. Tan, Timbalan Ketua Pegawai Operasi Suria FM Yusry Abu Samah dan Pengurus Operasi Suria FM, Subarma Mokhtar. Tak ketinggalan, pasangan pendakwah bebas Wan Akashah dan isteri Datuk Siti Nurbahiyah, anak-anak yatim, artis-artis seperti Abby Abadi dan Hafiz Hamidun dan wakil media.

Majlis Kesyukuran Suria FM

Selain dapat makan-makan dan bermesra dengan penyampai, majlis ini juga diharmonikan dengan bacaan doa selamat, tahlil dan tazkirah bersama Ustaz Wan Akashah dan Dato’ Ustazah Siti Nurbahiyah.

Dihoskan oleh HO & LO…. Halim Othman dan Linda Onn

Majlis Kesyukuran Suria FM

Walaupun macam-macam yang diperkatakan tentang Suria FM sekarang, tak kira positif atau negatif, yang penting sekarang Suria FM sudah makin meningkat naik dari segi jumlah pendengar. Kalaulah Suria FM ni maintain macam ni, tak hairan suatu hari nanti radio ini akan menjadi nombor satu di Malaysia.

Itulah cabaran namanya, untuk jadi radio nombor satu ni bukan perkara yang senang. Banyak cabaran yang perlu dihadapi dan didepani. Seperti baru-baru ini, Budiey mendapat satu emel yang dihantar oleh pendengar Suria FM yang meluahkan rasa tidak puas hati dengan beberapa perkara dan kini telah diselesaikan dengan baik dengan jawapan yang rasional dari Suria FM. Biar pun dicop sebagai ‘penipu’ dan ‘peniru’, radio Suria FM tetap gah di mata dan telinga pendengar setia mereka.

Dalam emel yang Budiey terima itu mendakwa Suria FM cuba mengelirukan pendengar dengan prosedur peraduan yang dianggapnya tidak berasas. Dakwaan ini dibuat mungkin beliau tidak membaca terma dan syarat peraduan itu terlebih dahulu.

Peraduan yang berlangsung pada Mac lalu ini juga dikatakan tidak menawarkan hadiah wang tunai RM250,000 seperti yang dinyatakan di mana sebaliknya pemenang utama hanya menerima RM32,400.

Timbalan Ketua Pegawai Operasi Suria FM, Encik Yusry Abu Samah, isu yang dibangkitkan ini tidak mencalar imej Suria FM dan menganggap perkara tersebut hanyalah salah faham dari individu tersebut saja.

“Perkara ini dah selesai. Ia hanya salah faham di mana dia tidak membaca terma dan syarat peraduan ini dengan betul. Ini hanya satu cara untuk dia meluahkan perasaan kecewa dan bagi saya, setiap pertandingan pasti akan ada perasaan ketidakpuasan hati. Walau bagaimanapun, perkara ini tidak menjejaskan serta tidak sedikitpun mencalar imej Suria FM. Malah, pendengar kami semakin bertambah dan rata-rata yang masuk pertandingan ini mengucapkan terima kasih dan bertanya bila lagi kami nak buat pertandingan sebegini.”

Menjawap tentang tuduhan sebagai ‘peniru’ apabila mengadakan segmen ‘Panggilan Aduyai’ di mana ia seolah-olah meniru ‘Panggilan Hangit’ yang dicetuskan oleh Hot FM, Encik Yusry memberitahu,

“Perkara ini memang akan ada di mana-mana stesen radio. Ia hanya satu trend produk itu sendiri. Bagi saya sama juga macam telefon bimbit, di mana sebagai contoh jika jenama Samsung ada ‘touch screen’, jenama lain juga akan buat perkara yang sama.”

Walaupun isu-isu ini menjadi tanda soal media, namun soalan utama yang pasti ditanyakan oleh media pada hari tu ialah, apakah rahsia atau pun faktor utama kenaikan jumlah pendengar dan kejayaan Suria FM?

Jawapan diberikan oleh Timbalan Ketua Pegawai Operasi Suria FM Yusry Abu Samah ialah sudah tentu pada konsep Ceriakan Duniamu yang diperkenalkan tak lama dulu memberi impak yang besar & juga pemilihan lagu yang terbaik menjadikan pendengar begitu setia dengan Suria FM.

Suria FM percaya tema keceriaan dan lagu-lagu terbaik merupakan resipi dan juga tips kejayaan stesen radio itu meningkat secara mendadak kepada 2.9 juta pendengar berbanding 2.3 juta pada tahun lalu bagi tempoh pengukuran pendengar radio Nielson, liputan pertama 2012.

Satu pencapaian yang luar biasa, Budiey kira.

Pastinya, kejayaan ini tak tercapai kalau tiada kempen atau promosi yang kuat. Di mana promosi, siri jelajah, peraduan secara on air dan on ground yang menawarkan hadiah lumayan menjadi tarikan utama pendengar. Selain dari itu, Suria FM bertuah kerana ada penyampai yang ceria-ceria semuanya dengan memutarkan lagu-lagu yang segar dan malar segar untuk memenuhi selera pendengar. Jelas di sini, Suria FM begitu menitikberatkan setiap saat ke udara berteraskan kualiti untuk kepuasan pendengar.

Peningkatan sebanyak 25% ini membuktikan bahawa pengisian Suria FM telah menceriakan ramai pendengar.

Majlis Kesyukuran Suria FM

Yusry Abu Samah sedang menyampaikan ucapan

Timbalan Ketua Pegawai Operasi Suria FM, Yusry Abu Samah berkata formula berkenaan terbukti berkesan dalam menarik lebih ramai pendengar bagi tempoh dua tahun berturut-turut.

“Konsep ceria dan putaran lagu-lagu era 90-an dan terbaik yang kami perkenalkan terbukti berjaya menarik perhatian lebih ramai pendengar untuk mengikuti Suria FM sejak dua tahun lalu. Selain itu, kekerapan kami mengadakan pelbagai aktiviti seperti siri jelajah, konsert dan pertandingan dari masa ke semasa ternyata mendekatkan lagi kami dengan pendengar,”

Yusry ditemui pada majlis kesyukuran dan sidang media pencapaian terbaru radio tersebut yang berlangsung di Restoran Puteri, Kampung Sungai Penchala di sini, Jumaat.

Pada liputan pertama 2012 untuk kaji selidik bermula 19 Mac 2012 hingga 15 April 2012, Suria FM turut mengungguli kedudukan bagi kategori jumlah masa mendengar (TSL) di kalangan radio swasta bahasa Malaysia dengan peningkatan sebanyak 17 peratus.

Ini bermakna, pendengar Suria FM akhir-akhir ini lebih lama meluangkan masa untuk mendengar Suria FM berbanding radio swasta berbahasa Melayu yang lain.

Sudah dua tahun berturut-turut, Suria FM telah menjadi stesen radio swasta berbahasa Melayu yang mendapat peratusan kenaikan jumlah pendengar nombor satu tertinggi dari tahun ke tahun dengan peratusan sebanyak 44%.

Stesen radio itu juga mencatatkan peningkatan jumlah pendengar tertinggi sebanyak 44 peratus berbanding stesen-stesen radio swasta yang lain.

Yusry berkata, pihaknya kini mensasarkan untuk mengukuhkan lagi pengisian dan persembahan mereka bagi melonjakkan kedudukan Suria FM ke tahap yang lebih tinggi.

“Kami masih baru, lebih kurang lima tahun tetapi kami berbangga dengan pencapaian yang memberangsangkan ini. Dalam tempoh setahun jagung ini, Suria FM terus meningkat kerana sokongan pendengar. Kini kami berdepan cabaran yang lebih besar untuk melonjakkan Suria FM ke kedudukan yang lebih tinggi atau sekurang-kurangnya selaras dengan stesen swasta bahasa Malaysia lain yang sudah berpengalaman berbelas-belas tahun berbanding kami,”

Segmen Ceria Pagi di Suria yang dihos oleh Halim Othman, Nabil Ahmad dan Kenchana Devi turut meningkat sebanyak 25 peratus iaitu 1.3 juta pendengar berbanding 1 juta pendengar pada tahun lalu.

Lebih membanggakan apabila segmen Ceria Petang di Suria kendalian Linda Onn mengungguli slot petang di kalangan stesen radio swasta dengan peningkatan sebanyak 25 peratus iaitu 1.5 juta pendengar.

Dari segi masa mendengar, Suria FM juga berada di nombor 1 dari segi peratusan jumlah pendengar segmen 11malam hingga 2 pagi dalam kalangan radio swasta berbahasa Melayu dengan peningkatan 39% iaitu sebanyak 924,000 orang. Ia merangkumi segmen Menu Ceria Suria, Santai Pejabat di Suria, Ceria Petang di Suria, Citra Muzik di Suria dan Suria Cinta.

Menerusi segmen Citra Muzik di Suria bersama Tyzo yang bermula jam 8malam hingga 11 malam, ia telah mencatatkan peratusan peningkatan tertinggi jumlah pendengar dalam kalangan stesen radio swasta berbahasa Melayu dengan jumlah pendengar terkini berjumlah 1,1511 juta orang. Ia telah meningkat sebanyak 16% untuk kaji selidik Nielson pertama tahun ini.

Turut menyerikan majlis adalah Ketua Pegawai Penyiaran Kumpulan Star Radio, C.K. Tan,

Majlis yang diiringi solat Maghrib berjemaah, doa selamat, tahlil dan tazkirah bersama pasangan penceramah itu turut meraikan anak-anak yatim dari Pusat Jagaan Lambaian Kasih, Sungai Penchala.

Majlis Kesyukuran Suria FM

Majlis Kesyukuran Suria FM

Majlis Kesyukuran Suria FM

Majlis Kesyukuran Suria FM

Majlis Kesyukuran Suria FM

Majlis Kesyukuran Suria FM

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Aaron Aziz Bakal Guna Pengawal Keselamatan Di Rumah

Chef Wan Terjatuh Otot Cedera