Dengarkan segment utama Suria FM iaitu Team Pagi Suria, Gaya Suria/Muzik Top Suria, Suria Petang dan Suria Cinta dan jadi pemanggil pertama selepas isyarat memanggil peraduan. Kempen #SURIABAGIDUIT..HUNTONGLAH akan bermula pada 9 Mac sehingga 27 Mac ini mempunyai kaedah peraduan yang sangat senang dimana pemanggil pertama perlu menjawab soalan-soalan yang diberikan oleh penyampai Suria dalam masa 30 saat. Setiap jawapan bernilai RM50 dan pemenang akan memenangi wang tunai berdasarkan jumlah jawapan yang betul. Pemenang juga berpeluang memenangi wang tunai tambahan di waktu bonus.
Manakala kempen #ISSEYAJAKFIZINYANYI yang akan bermula pada 30 Mac sehingga 17 April ini pula akan memainkan tiga lagu mash up yang dinyanyikan oleh Issey, Ajak dan Fizi dan pemanggil pertama harus meneka tiga tajuk lagu beserta penyanyi dengan betul.
Jawapan yang betul berpeluang memenangi wang tunai bernilai RM250. Jika salah, duit akan digandakan pada segmen seterusnya.
Menurut Pengurus Kanan Suria, Roslinda Abd Majid atau DJ Lin, kempen ini dijalankan bagi menghargai pendengar setia Suria di seluruh Malaysia menerusi initiatif berbeza selepas pembatalan penganjuran Jelajah Suria 2020 ekoran penyebaran wabak Covid-19.
“Bukan itu sahaja, Suria juga akan menghidangkan beberapa program baru menerusi platform digital kami antaranya SURIA DUO X dimana pendengar akan dapat menyaksikan persembahan gabungan penyanyi lama dan penyanyi baru seperti Ezad Lazim, Azlan (The Typewriter), Siti Sarah, Syamel, Ara Johari dan Aina Abdul.
“Selain itu, Suria juga akan meneruskan initiatif JOM POW SURIA VERSI SELEBRITI dimana pendengar berpeluang memenangi barangan peribadi artis-artis popular menerusi siaran langsung di Facebook Suria Malaysia (FB Live),”
– DJ Lin
Untuk maklumat lanjut, layari laman web Suria www.suria.my atau ikuti media sosial Suria Malaysia.