in ,

Surgeon Bong Dal Hee Drama Korea di 8TV

Adakah Dal Hee mampu untuk melawan takdirnya..?

SURGEON BONG DAL HEE
TX:  23 Julai 2008 – 28 OGOS 2008 (ISNIN-JUMAAT)
TIME: 7.00MALAM – 8.00 MALAM

Berita baik buat seluruh peminat dan para penonton 8TV khususnya penggemar drama Korea! Dengan bangganya 8TV membawakan kepada anda Surgeon Bong Dal Hee, drama medik Korea yang mengisarkan mengenai kehidupan sebenar para doktor, jatuh bangun dan suka-duka mereka serta krisis-krisis yang melanda di hospital tempat mereka bekerja dan juga drama politik sesama rakan mereka. Surgeon Bong Dal Hee dibawakan kepada anda sebanyak 27 episod bermula 23 Julai 2008, setiap Isnin hingga Jumaat pada pukul 7 malam sehingga 8 malam.

Surgeon Bong Dal Hee merupakan drama bersiri menyentuh hati yang mempunyai rating paling tinggi di Korea manakala lebih membanggakan produser drama bersiri ini, Kim Hyeong Sik pernah menerima anugerah sebagai Best New Producer pada tahun 2007 di dalam 43rd Baeksang Award”. Mulai 23 Julai 2008, peminat drama bersiri Korea pastinya tidak melepaskan peluang untuk bergegas pulang kerumah sebaik tamatnya waktu bekerja atau selepas tamatnya waktu persekolahan kerana tidak mahu melepaskan peluang menonton drama bersiri kegemaran ramai, Surgeon Bong Dal Hee”.

Surgeon Bong Dal Hee mengisarkan mengenai putaran kehidupan Dal Hee lakonan Lee Yo Won seorang doktor muda yang baru menamatkan pengajiannya di kolej perubatan yang tidak sehebat rakan-rakan sekerjanya yang lain. Lebih malang, dia mengalami masalah kesihatan sejak zaman kanak-kanaknya kerana mengalami masalah jantung. Walaubagaimanapun, takdir yang menimpanya sejak kecil membuatkan dirinya menjadi lebih tabah dalam mengharungi kehidupan demi menggapai impiannya untuk menjadi doktor yang membolehkannya mengubati pelbagai penyakit.

Kisah ini juga mengisarkan mengenai perjalanan kehidupannya yang sedang menjalani latihan praktikal untuk tahun pertama dan juga mengenai suka-duka, cabaran dan halangan yang terpaksa ditempuhnya sepanjang berada di situ. Drama bersiri menyentuh hati ini juga menceritakan mengenai kesukaran, kematian, tekanan yang dialami oleh doktor–doktor muda ini dalam misi menyelamatkan pesakit-pesakit mereka dan dalam masa yang sama mengejar impian untuk menjadi doktor pakar. Drama ini juga yang menceritakan mengenai kisah cinta di antara empat doktor iaitu, Dal Hee sendiri, pakar kardiothoracic Ahn Joong Geun lakonan Lee Bum Soo, pakar surgeri am, Lee Geon Wook (Kim Min Joon), dan juga pakar pediatrik Jo Moon Kyung, dilakonkan oleh Oh Yoon Ah.

Dal Hee yang mempunyai semangat juang yang tinggi dalam merealisasikan impiannya untuk bergelar doktor, walaubagaimanapun terpaksa menghadapi pembedahan jantung pada tahun pertama latihan praktikalnya sekaligus meragut impian dan cita-citanya untuk menjadi doktor. Dia, dengan hati sedih telah pulang ke kampung halamannya dan bekerja di klinik tempatan tetapi tetap tidak dapat melupakan impiannya untuk bergelar doktor. Dengan sedikit harapan yang masih tersisa, dia cuba memohon untuk bekerja di Hospital Seoul dan hampir tidak percaya apabila permohonannya diluluskan walhal disitu mengalami kekurangan pemohon untuk bekerja di situ.

Akhirnya jua, dia berjaya meneruskan impiannya untuk bergelar doktor namun, dia yang selalu melakukan kesilapan-kesilapan kecil yang hampir membahayakan nyawa pesakitnya dan juga membahayakan kerjayanya walaupun telah berusaha secara gigih selama ini lebh daripada doktor-doktor yang lain. Setelah pelbagai halangan yang terpaksa ditempuhi selama ini, akhirnya dia berjaya jua menamatkan latihan praktikalnya selama tiga tahun dan menerima penghormatan daripada rakan-rakan sekerjanya.

Dalam pada itu, pakar jantung Ahn Joong Geun dan Doktor Lee Geon Wook yang bersaing sesama sendiri untuk menjadi ketua pakar surgeri tetapi dalam masa yang sama masing-masing telah jatuh hati terhadap Dal Hee. Oleh kerana terlalu kuat bekerja menyebabkan kesihatan Dal Hee menjadi bertambah teruk tetapi langsung tidak mahu mendengar nasihat doktor untuk berehat dan menjaga kesihatannya dan tetap mahu bekerja keras. Namun, dia akhirnya terpaksa akur dengan arahan doktor dan cuba untuk mengurangkan aktiviti kerjayanya dan mengambil masa untuk berehat namun disedari oleh Joong Geun Soon yang masih mahu menambahkan lagi tekanan terhadap Dal Hee.

Dal Hee sedar dengan berupaya mengubati pesakit-pesakitnya, membuatkan hari-harinya lebih indah untuk diharungi malah membuatkan dirinya lebih rajin bekerja, akan tetapi segala-galanya berubah apabila dia jatuh pengsan suatu hari di tempat kerjanya semasa saat-saat genting sedang melakukan pembedahan.

Adakah Dal Hee berupaya untuk mengharungi segala kesakitannya demi sebuah impian? Ingin tahu kesudahan drama bersiri menyentuh hati ini? Jadi jangan lupa temujanji anda setiap Isnin hingga Jumaat bermula 23 Julai 2008 setiap 8 malam, hanya di 8TV yang juga boleh ditonton di saluran alternatif, saluran Astro 708.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

KENNY VS SPENNY Best International Comedy Series Gemini Awards

Sebalik Perceraian Cham VE dan Gambar Cham & Seorang Wanita Tersebar di Internet