in

Suren Haris Anwar Pemenang DiGi The Next Level NTV7

SUREN MEMENANGI RM50K!

Suren memenangi RM50K bersama dengan sokongan daripada DiGi selama 12 bulan dalam rancangan realiti ntv7, DiGi The Next Level

Selepas mengharungi cabaran selama empat bulan dalam stesen TV tempatan, Suren Haris Anwar yang berumur 30 tahun dinobat juara dalam DiGi The Next Level, sebuah rancangan realiti yang disiarkan di ntv7 selama sepuluh minggu. Suren berjaya mengalahkan tujuh peserta yang lain dan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM50,000 bersama dengan sokongan daripada DiGi selama 12 bulan.

Suren Harris Anwar with mock cheque

(L) Suren with host Hansen as he was announced the winner

Selepas persaingan sengit yang dramatik dalam keseluruhan kesembilan episod DiGi The Next Level, Suren membentangkan kertas kerjanya pada kali terakhir di pusingan akhir rancangan realiti ini yang disiarkan secara langsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral di Shah Alam pada 8hb September, 2010.

Suren yang berjaya meraih gelaran juara dengan perbentangan ideanya mengenai rancangan realiti untuk menyertai Fool Marathon Challenge di Gold Coast, Australia, berasa terharu dan gembira membawa pulang RM50,000 untuk memulakan perniagaan yang diimpikan.

“Saya berasa amat teruja dengan kemenangan saya. Pertandingan ini amat mencabar sekali dengan pelbagai idea yang mengagumkan dari tujuh peserta lain. Nasihat saya kepada mereka yang ingin menceburi bidang keusahawanan ialah jangan berasa takut untuk mengikuti impian mereka sepertimana yang dilakukan oleh saya. Dengan hadiah wang tunai yang dimenangi, saya akan memulakan projek yang diimpikan saya dan menjadi ilham kepada orang ramai untuk berlari,” kata Suren.

L-R Dzulkifly, Khailee, winner Suren, Sulin Lau, Airin Zainul

Konsep rancangan ini unik kerana tidak mempunyai elemen penyingkiran sehingga ke peringkat akhir maka kesemua peserta berpeluang mempelajari pelbagai aspek perniagaan. Dalam persaingan sengit untuk mengumpul markah tertinggi hinggalah ke pusingan terakhir, perselisihan faham diakibatkan personaliti yang berlainan acap kali menambahkan lagi elemen drama dalam rancangan sepuluh episod ini. Mereka terdiri daripada usahawan korset Chloe Mok dan peminat acara larian Suren Harris Anwar yang sama-sama memiliki markah tertinggi pada penghujung minggu sebelum pusingan akhir; diikuti oleh eksekutif pemasaran Kheng, jurutera Radzi, eksekutif IT Daniel, ketua belia Jazz, mekanik Norman, dan pereka grafik Ong Tou.

Kelapan-lapan peserta telah bertungkus-lumus mengatasi cabaran mingguan yang meliputi tema seperti inovasi, perhubungan awam dan pemasaran serta kemahiran berkomunikasi. Untuk cabaran terakhir, peserta-peserta membentangkan kertas kerja berasaskan semua pengalaman dan latihan yang diperolehi daripada kesemua cabaran sebelum ini. Peserta yang berjaya mendapat markah tertinggi pada akhir rancangan akan diisytiharkan pemenang. Sistem pemarkahan terdiri daripada 60% dari kesemua cabaran sebelumnya, 30% dari cabaran akhir dan 10% dari pengundian SMS.

Pengurus Besar ntv7, Airin Zainul berasa amat teruja dengan DiGi The Next Level di mana katanya, rancangan realiti ini memberi peluang kepada para usahawan untuk memulakan perniagaan idaman mereka. Kata beliau, “Kami gembira kerana DiGi The Next Level bukan sahaja telah memanfaatkan peserta tetapi juga penonton di rumah melalui cabaran-cabaran inovatif yang mendalamkan lagi pemahaman tentang keusahawanan.

Tambah Airin, “Sebagai salah sebuah jenama media untuk penonton Bandar yang berumur 25 dan ke atas, ntv7 selalu memperkaya dan membekalkan isi kandungan yang terbaru dan relevan seperti rancangan ini. Kami juga berasa amat bangga bekerjasama dengan penaja rancangan ini, DiGi, yang telah memberikan para usahawan Malaysia sebuah peluang keemasan untuk membawa perniagaan mereka ke tahap yang seterusnya.

Dalam persoalan perkembangan peserta dalam rancangan ini, Ketua Pemasaran Perkhidmatan DiGi, Sulin Lau berkata, “Sepanjang lima bulan yang lepas semenjak kelapan-lapan peserta memulakan pertandingan ini, mereka berjaya memperoleh pengalaman yang penting dari kesemua cabaran dan seterusnya menerapkan apa yang dipelajari dalam perbentangan terakhir mereka. Peserta-peserta amat bersungguh-sungguh dan telah membuat yang terbaik dalam pusingan akhir, terutamanya Suren, untuk memenangi pertandingan ini.

“Kesemua peserta ini dipilih kerana mereka masing-masing mempunyai impian besar yang ingin mereka capai. Hari ini kita dapat saksikan betapa jauh mereka telah merealisasikan impian mereka – dengan memperkenalkan interaktiviti pelanggan, teknologi mobil, kerjasama yang bijaksana, dan lain-lain pengetahuan yang telah mereka pelajari. Ini telah meyakinkan kami bahawa dengan kemudahan dan rakan kerja yang sesuai, sesiapa pun boleh membawa idea mereka ke tahap yang seterusnya.”

Selain daripada hadiah wang tunai sebanyak RM50,000, pemenang juga akan menikmati sokongan dari DiGi selama 12 bulan yang bernilai sebanyak RM100,000. Sokongan tersebut meliputi pelan panggilan perniagaan, pakej broadband, dan lain-lain lagi.

Rancangan realiti yang unik ini telah menarik perhatian ramai usahawan di negara ini di mana terdapat seramai 200 usahawan yang mendaftar secara atas talian dan juga menerusi sesi ujibakat.

Juri jemputan untuk cabaran terakhir ini ialah Sulin Lau. Penghibur hip hop popular, Mizz Nina, turut menghiburkan penonton dengan lagu-lagu hitnya disertakan tarian hip hop ketika siaran langsung ini. Dua panel juri DiGi The Next Level yang utama yang terdiri daripada pakar pemasaran belia, Khailee Ng, yang juga merupakan salah seorang pengasas Youth Asia dan Ketua Pemasaran segmen Perusahaan DiGi, Dzulkifly Aminuddin. Manakala, pengacara untuk rancangan ini ialah Hansen Lee yang juga hos The Breakfast Show ntv7.

Untuk maklumat lanjut dan menyaksikan episode-episod yang lepas, layarilah laman web www.ntv7.com.my/digithenextlevel atau www.TonTon.com.my atau ikutilah perkembangan semasa dalam Facebook dan Twitter.

DTNL finalists with host Hansen Lee in foreground

DTNL judges L-R Khailee Ng, Sulin Lau, Dzulkifly Aminuddin

Suren reacts after he was announced the winner

DTNL winner Suren with family and friends

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Samsung Sets Sights Industry Leadership Pioneering New NX100

Sekitar Jom Balik Raya Suria FM 2010