Tenggelam dengan isu Covid 19 dan artis mohon bantuan kerajaan, membuatkan netizen tidak bervakap lagi tentang usahawan kosmetik popular, Datuk Seri Aliff Syukri. Namun pada hari ini, pergolakan rumah tangga Aliff Syukri dan isteri, Nur Shahida Mohd Rashid kembali diperkatakan berikutan tersebarnya surat tuntutan cerai Nur Shahida di laman sosial.
Bagaimanapun, Aliff ketika dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp hanya membalas dengan emoji sedih sekali gus membuatkan perkara itu terus menjadi persoalan. Menguatkan lagi dakwaan itu apabila Aliff memuat naik status bernada kecewa dan sedih.
“Dalam kehidupan ini ada dua pilihan iaitu memilih atau dipilih. Jadi, kita kena tahu dan sedar. Jika kamu yang memilih pilihlah yang terbaik buat kamu dan selamanya. Jika kamu dipilih, maka jadilah yang terbaik buatnya,”
– Aliff Syukri
Namun, menurut sumber terdekat usahawan itu, kes perbicaraan perceraian mereka bakal didengar semula selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Malah, Aliff dikatakan terkejut apabila menerima berita isterinya memfailkan permohonan perceraian.
Dalam masa sama, Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang dilantik mahkamah gagal menemui penyelesaian.
“Sudah tiga kali JPK dibuat, tapi gagal,†kata sumber itu.
Difahamkan, ketika ini pasangan itu sudah tidak tinggal sebumbung sejak beberapa bulan lalu.
Aliff dilihat berulang alik ke rumahnya yang terletak di Pavilion resident Kuala Lumpur berdasarkan video dimuat naik di Instagram. Menguatkan lagi spekulasi mengenai masalah rumah tangga mereka apabila Aliff muncul menerusi lagu terbaharu yang berjudul Cuba Bahagia yang bercerita mengenai lelaki yang dahagakan kebahagiaan dalam hidup daripada orang disayanginya.
Terdahulu, Harian Metro melaporkan Nur Shahida enggan mengulas mengenai perkara itu.
“Bab rumah tangga saya tak nak komen. Minta maaf ya,†katanya ringkas.
Aliff Syukri dan Nur Shahida berkahwin pada tahun 2007. Pasangan ini dikurniakan lima orang cahaya mata serta seorang anak angkat. Sebelum ini, Aliff terpalit dengan beberapa kontroversi sehingga menerima kecaman teruk daripada banyak pihak termasuklah daripada ahli keluarga sendiri.
Sama-sama kita doakan semoga urusan mereka dipermudahkan demi anak-anak yang tersayang.
Sumber: Harian Metro